Kawah Ijen 2015

Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2443m dan berhampiran dengan Gunung Merapi. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1999. Fenomena alam yang amat mengagumkan di Gunung Ijen adalah kawah yang terletak di sekitar puncaknya.

Kawah Ijen (Ijen Crater) dikatakan sebuah tasek terbesar di dunia. Kedalaman tasek mengjangkau 200 meter dan luas kawah 5446 hektar.  Keunikan kawah ijen adalah Blue Fire atau Api Biru.  Api biru ini hanya kelihatan sedang elok di antara pukul 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi. Di khabarkan hanya ada 2 tempat sahaja yang wujud di dunia iaitu Ijen dan Islandia. Dari kejauhan selain dari Gunung Merapi turut kelihatan Gunung Raung, Gunung Suket, Gunung Ranted dan pelbagai gunung gunung kecil.

Ada 2 cara untuk kesini sekiranya anda dari KL. Sama ada penerbangan ke Surabaya atau ke Bali. Route berbeza, cabaran berbeza, pengalaman berbeza dan aktiviti pun berbeza. Sekiranya anda turun di Surabaya, anda boleh ke Bromo dan berkayak sekali. Jika turun di Bali anda boleh berjalan jalan di Bali barang sehari dua dan seterusnya lanjut ke Banyuwangi.

Teman dan kengkawan teman pilih turun di Bali. Ini itinerary kami ;-

21.11.2015
Tiba di Bali

22.11.2015

1200 – Check out and head to Bayuwangi (Van ,3 jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest

23.11.2015
0200 – Mula mendaki Kawah Ijen1000 – Tamat mendaki Kawah Ijen.
13


00 – Check out di Hotel Banyuwangi dan menuju Bali (Van,3 Jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)1800

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest


24.11.2015

Free & easy day & Pulang ke KL
Hari Pertama
Tiba di Bali. Makan dan merayau.
Airport Bali
Esoknya selepas breakfast, kami menuju ke Pelabuhan Gilimanuk. Jarak dari hotel ke pelabuhan kira – kira dalam 130km, 3 jam. Disini kita akan melalui jalan kampung, kalau banyak kereta, habisla dudok la kome dalam jem. Kalau ada kawan gila satu van, oklah penghibur suasana. Dapat yang satu van kuat tido, keras la otot kepala, bosan..hehee. Tapi sepanjang perjalanan view cantek. Bole nampak pantai pasir hitam. Betapa suburnya tanah disini disebabkan muntahan lavar yang mengandungi pelbagai zat, di tepian pantai pon boleh bercucuk tanam, bersawah, tanaman lain. Teman bergembira sangat dalam van sampai lupa nak snap pic pemandangan sepanjang perjalanan. 
Kebetulan bila sampai kami takde la nunggu lama sangat nak naik feri nie. Perjalanan dari Pelabuhan Gilimanuk ke Pelabuhan Ketapang memakan masa dalam 1 jam lebih. Dah sampai kami naik teksi ke Hotel di Banyuwangi. Mandi manda kat swimming pool sampai mahgrib, makan dan tido. Sebab esok pepagi nak manjat dah.
Pelabuhan Gilimanuk
Dalam perjalanan boleh nampak Gunung Raung dan Gunung Ijen bersebelahan di belakang nun di sana…
Kami tiba di Pelabuhan Ketapang sambil tunggu Supir kami wefie dulu yok!!!

Tak sempat lelap sangat pon, Pukul 11.00pm dh kene kejut oleh gogo, si Lart Salina. Dalam kul 12.00am dh kene gerak ke Paltidung (kaki Gunung Kawah Ijen).

Warung di Paltidung (kaki Kawah Ijen)
Cuaca masa nie amatla sejuk sehingga ke tulang hitam. Ada tempat berteduh sementara menunggu gate untuk mendaki di buka. Gate bukak sekitar jam 1.00pagi ke 2.00pagi. Sambil relax2 layan sejuk mengcengkam jiwa boleh la minum teh atau kopi di warung dulu. Kira – kira dalam pukul 1.30pagi gate bukak, dan kami memulakan pendakian.
Mula pendakian, yang mulanya sejuk menggedi jadi panas hawau. Yelah dan mendaki badan mestilah dah start panas. Jarak perjalanan dalam 3km dan kira kira 2 atau 3 jam mendaki sehingga ke Kawah Ijen. Track dia adalah laluan jalan besar, jadi boleh ikut pace masing – masing, tanpa beratur macam broga..hehe. Track tanah pasir besar dan halus dan ada yang bertanah merah serta berdebu, seeloknya kene la pakai penutup mulut dan penutup telinga. Penutup mulut haruslah menggunakan penutup mulut yang disarankan oleh pihak pengurusan. Mask khas untuk sulfur.

Paling tak menahan sepanjang perjalanan adalah bau sulfur yang menyeksakan. Nampak macam senang je 3km kan, tapi mental jugakla kalau dah sesak napas dengan sulfur masuk hidong, sejuk gedi, bukit yang mencanak, debu2 masuk hidung dan mata. So minta tolong jangan nak underestimate dengan kawah ijen. Takut semput dan pengsan pulak kalau takde stamina, ada penyakit asma, jantung dan sebagainya.

Start mendaki dalam pukul 2.00pagi dan sampai ke Kawah Ijen lebih kurang 5.00pagi. Sempatla tengok Sunrise dan Blue Fire. Anda perlu sampai sebelum Sunrise untuk menikmati keindahan Api Biru nie. Dikatakan lagi sejuk cuaca lagi besar api ini membiru.

Sepanjang perjalanan naik dan turun, anda akan bertembung dengan ramai peraih sulfur atau belerang. Ianya berwarna kuning dan mudah pecah. Masa nie agak menginsafkan kerana untuk mengangkut setiap sulfur yang berat dan pulangan yang tidak seberapa, ada yang kurang dari RM10 untuk setiap bakul penuh. Dikatakan ramai peraih yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit akibat penjadi peraih di sini. Yelah kan, hari hari hirup dan telan asap belerang memang memudaratkan kesihatan.

Cecair sulfur yang keluar dari tanah dibiarkan sejuk dan mengeras dahulu sebelum  di ambil peraih untuk di jual.

Ini rupa dia, cecair sulfur terbit dari dalam tanah. Bau dia amat kuat dan perit.
No edit. Nie pandangan dari atas lereng kawah. Kene turun ke Kawah Ijen untuk lihat api biru dan sulfur. Kalau bole sampai sebelum matahari naik. Sayangnye kalau sampai dah cerah.

Matahari manja manja muncul. Indahnya Sunrise di sebalik Kawah Ijen

Sebelum atau selepas puncak ada satu tempat untuk berehat, Pos Penimbangan atau dikenali sebagai Pos Bunder. Disini adalah tempat dimana para peraih belerang menimbang hasil mereka. Ada warung menjual minuman dan makanan ringan. Bolelah nak rehat sambil bergurau senda,sambil sambil bergambor.
Disini anda bole beli sulfur yang telah diukir. Harga setiap satu dalam Rm 2 ke RM3. Sambil membeli sambil menderma Ada pelbagai bentuk, ada arnab, penyu, kucing, ayam dan macam macam. Teman beli je. Seludup masuk Malaysia. Katanya tak boleh. Tapi pandai pandai la balut jangan sampai pecah atau bersentuhan. Takut activate api katanya. Jadi balut satu satu dengan tisu dan surat khabar. Dan check in. hehehe.

Maaf ya.. Pic nie terpaksa amik dari google sebabnye lupa nak snap. Aduhhh. tapi memang beginila rupanya yang mereka jual.

Pos Penimbang / Pos Bunder. Tempat menimbang Sulfur dan istirehat 

Kisah dihendap semasa mandi


Kisah dihendap semasa mandi

Teman masa kecil tak diajor atau dimomok kan takut dengan hantu. Mak selalu cakap hantu tak wujud. Jadinya teman nie paham ada hantu tapi ada lagi perkara kene takut, iaitu Maha Pencipta di atas sana. Teman masa kecik eiii buas bebenor. Kekadang pikior balik kalau teman di tempat mak dan abah dah lama la kene rimbuk lebam sana sini..haahhaha. 

Teman dibesorkan 2 tempat yang berbeza. Dari beranak di Hospital Kuala Lumpur sampai darjah 2 teman dibesorkan di Sungai Besi. Lepas tu bapak teman pencen awai, jadinya pindah le ke Beruas, Perak. Kami berpindah ke rumah Tokwan dah Opah di kampung belah mak. Mula – mula bersekolah kat kampong rasa janggal bebenor. Yelah, dah le nak kene bangun awai subuh pehtu kene mengayuh basikal bapak jauh gile. Lebih kurang 45 minit baru sampai, naik bukit turun bukit baru sampai. Udah berpeluh peluh masam,muka berminyak kene masuk kelas pulok. Teman shock culture sekejap. Sebabnye dok kampong ni, orang busy body, sebok la nanye anak sape, dudok mana, cucu sape. Paling senang nak kabor, teman cucu Ton Ali Bomoh Barah di Kg Gelung Pepuyu. Ton tu Nama Zaitun untuk nama Opah. Nampak tak kuasa pompuan? Nama Ton jadi pangkal..hehe. Tapi kalo dok bandar dulu, orang tak heran la kome nie anak sape, merayor sorang2 pon orang tak kebulur nak siasat itu ini. Bila dah rasi skit dengan suasana kampong uiiiii, teman punye langkah kaki bapok panjang. Langkah sampai 2, 3 kampung mandi sungai, curi buah orang, baling ayam orang, ngedap orang…erkk  ni tak leh citer banyak2, kang Mak baca mampuih teman..hahaha.

Teman boleh hilang dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Kawasan uma teman nie hutan keliling. Keluar masuk agak masalah ke jalan besor. Apa bas haram takdenye. Memang masa tu basikal atau motor teman lenjan,walaupun usia darjah 3, teman peduli apa. Teman nie tak gemor mandi. Udah balik maghrib memang idak le nak mandi. Masalahnya bilik ayor kat luar rumah. Bilik ayor tu pulok betui betui la dekat sebelah rumah jiran nie. Rumah jiran nie tinggi sikit, atas bukit tapi rapat la, kalo kerling ekor mata pon udah boleh nampak sape tengah bolen mandi kat dalam bilik ayor tue. Nak jadi satu cerita, satu hari mak kuar hanger nak bantai teman sebabnya dah pukul 8 malam tak mandi mandi lagi..Aduh… teman nie bukan tak mo mandi tapi udah gelap bebenor, dah la jiran sebelah tu ada ‘mata-mata’ suka ngintai. Tension betuila.

Jadi takut takut berani teman tanggal la satu persatu baju. Kain basah ada, eh ape barang kain basah, payah la nak sabun. Haha. Dengan berlampukan lampu minyak tanah teman kene basuh baju sekolah dengan baju kotor yang berselut siang tadi.Mak memang dah ajor dari kecik begini. Basuh baju pakai tangan dari darjah 3 lagi. Terima kasih mak. Hahaha. Masa tengah sedap memberus baju tuh, teman perasan pokok pinang bergerak gerak. Bilik ayor luar kan mana la ada katup atas tuh. Memang nampak la bulan bintang segala. Malas amik port makin rancak pulak pokok pinang tu memberat ke bawah.. masa nie teman tengok ikot kerling mata jela. Dia punye seram memang haram jadah takut. Jilake betui. Teman tau natang tuh tengok sedap usha teman. Masalah sekarang nie kepala teman ada shampoo, nak lari mata pedih nie. Takpe teman kuatkan semangat teman cakap dalam hati tu berok tue. Bukan ada apa pon. Teman continue macam biasa basuh baju. Dah cuci baju semua, teman udah rasa tak bole tahan lagi dah. Sebabnya takkan la berok bole goncang pokok kelapa pulak, tadi pokok pinang. Lama kelamaan ada bunyi dengus dengus pulok doh. Teman dongak ke atas langit lalu kami bertentang mata. Mata nya merah, gelap tak la berapa nampak, nampak dari cahaya bulan tapi tau la besor bagak berbulu. Aiii….. lagi mau tunggu ke? Teman lari bolenla sambil jerit nangis naik rumah udah macam nak reban rumah. Seram nya. Sampai demam ler teman terperanjat. Baju tengah memberus tadi lantok ler situ. Esok la sambung.

Kami tau tapi buat buat la tak tau dan tak nampak. Nak buat macam mana kan. Hal masing masinglah. Tapi jangan la kacor kami. Yang tuan nya pon ajor la bende tu beradap skit dengan jiran tetangga. Budak kecik toksah dikacor la. Lemah semangat luruh jantung. Jadinya selepas tuh, memang tak hingin teman nak mandi memalam kat bilik ayor luar tu. Teman mandi kat dapur je, dapor rumah lama kan tinggi ada lubang untuk ayor keluar tuh. Ha.. kat situ lah. 

Banyak lagi cerita alkisah gini, tapi nanti la teman sambung lagi yer.
Gambor hiasan

12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri.  Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme. Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!!
1) Black Forest, Germany
Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan  yang dikatakan berkeliaran , Black Forest menyimpan  pelbagai cerita dongeng dan seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di  barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang menarik dan  menjadi tumpuan untuk para pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang berbatu batu.
2) Hallerbos, Belgium


Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells  ‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’, seolah olah para pengunjung merasakan berjalan di atas permaidani biru – ungu seperti dalam cerita dongeng.
3) Rata Forest, New Zealand


The Rata adalah sejenis pokok di New Zealand. Hutan ini terletak di Enderby Island yang dipenuhi dengan ‘gnarled tree trunks’ pokok dan dahan pokok seakan berbentuk bonsai. Terdapat banyak laluan mendaki di dalam hutan dan di pulau itu sendiri.
4) Crooked Forest, Poland
Hutan Crooked terletak di luar Nowe Czarnowo di Poland. Sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu mengapa pokok-pokok yang ada di sini kesemua melengkung dalam bentuk yang sama. Ia diandaikan bahawa 400 pokok pine telah ditanam di dusun ini sekitar  tahun 1930, kemungkinan untuk menghasilkan kayu semula jadi berbentuk melengkung untuk bot. Tetapi sehingga ke hari ini, hutan kekal misteri.
5) Goblin Forest, New Zealand
Goblin Forest

Mount Taranaki
Goblin Hutan dikhabarkan benar-benar unik dan menyeramkan. Terletak di kawasan daerah Taranaki. Alang alang dah kesini anda boleh lah ke  Gunung Taranaki ‘Mount Taranaki’melalui ‘Egmont National Park’.  Gunung ini dikatakan mirip Gunung Fuji, Jepun.  Kenapa dipanggil ‘goblin’ glow? Kerana lumut di sekitar seolah olah bercahaya apabila disimbahi cahaya matahari.
6) Stanton Moor, UK
Stanton Moor, UK
Struktur Batu di Stanton Moor, UK
Hutan yang indah ini terletak di Stanton Moor  di utara England. Pelbagai misteri terutamanya batu batu di sekitar yang dipercayai wujud semenjak Zaman Batu dan Zaman Gangsa.
7) Moss Swamp, Romania
Imej ini terletak di sekitar hutan Moss Swamp. Lokasi sebenar tidak di ketahui. Romania penuh dengan hutan dan gunung yang cantik, anda perlu membuat banyak research bagi mendapatkan tempat yang paling cantik.
8) The Sea of Trees, or Aokigahara, Japan
Hutan Aokigahara terletak berdekatan kaki Gunung Mt Fuji. Ianya  dipenuhi hutan tebal dan menyimpan sejuta misteri. Ia juga dikenali sebagai ‘Suicide forest’. Berhati hati apabila memasuki hutan ini. Dikatakan agak bahaya kerana seringkali pendaki akan hilang. Hutan ini pernah difilemkan bertajuk The Forest (2016). Anda akan jumpa rangka manusia dan mungkin mayat disekitar. Jangan panic.. Buat dek je Okay!.
9) Otzarreta Forest, Spain
Terletak di Negara Basque di Sepanyol, Otzarreta Forest adalah sebahagian daripada Taman Semula Jadi Gorbea. Pokok-pokok purba, dicampur dengan suasana berkabus, memberikan hutan ini udara yang sangat segar. Pokok pokok ini nampak pelik dan unik.
10) Hoia-Baciu Forest, Romania

The Hoia-Baciu Forest dianggap antara hutan yang paling berhantu di dunia, dan kadang-kadang dirujuk sebagai “Bermuda Triangle of Transylvania.” Orang ramai telah mendakwa mereka telah melihat UFO hantu disekitar hutan, walaupun tiada siapa pasti. Legenda mengatakan terdapat bulatan misteri di tengah tengah hutan yang menghangatkan aktiviti paranormal di sini. 
11) Chinese Hemlock Trail, Taiwan
Pendakian trail ini terletak di Taipingshan National Forest Recreation  di  Taiwan. Hutan ini mungkin agak menyeramkan tetapi jangan risau lah, sebab trek dia pendek walaupun agak tinggi dan curam.
12) Tsingy Forest, Madagascar

Dikenali sebagai Hutan Pisau, Hutan Tsingy adalah kawasan yang luar biasa yang terdiri daripada batu-batu kapur yang tajam  seperti lidah tergantung dari bumi, sehingga 70 meter di udara. Walaupun ia mungkin salah satu taman negara yang paling berbahaya untuk anda lawati tetapi  ianya berbaloi pada akhirnya. 

Gunung Rinjani 2015 (PART 5)

Sambungan dari Part 4

Hari : 4


Subuh sapei kami bangun dan sempat la nengok Sunrise walau sekejap je. Lepas breakfast kami siap siap untuk turun ke Pintu Senaru. Ini adalah hari terakhir perjalanan kami di Gunung Rinjani. Sedih dan gembira di hati teman.

Kami menurun dari ketinggian lebih kurang 2461m dan lebih kurang  7 ke 8 jam untuk sampai ke Pintu Senaru. Laluan yang kami lalui adalah Jalur Senaru. So pemandangan dan keindahan hutan dan struktur berlainan dari Jalur Sembalun. Awalan turun dari campsite Plawangan Senaru kami dapat menatap Anak Rinjani. Lawa kan? Perghhhh. Pastu laluan mendaki di kaki batu batuan sehingga la kawasan padang dan berbukit bukau dan seterusnya masuk ke hutan tebal. Ha.. kat sini la seolah olah masuk ke hutan di Malaysia. Tebal tak tebal sangat la. Teman rate dari 1/5 sehingga ke 3/5 tahap kesusahan.

Nikmati Sunrise di Bukit Plawangan Senaru
Anak rinjani dan Rinjani di belakang kami
Anak Rinjani
Hi Rinjani. Rindu Anjani
Plawangan Senaru, Kredit pic to Azli Wahab
Say cheeseeeeee, kredit to Azli Wahab

Kamar kecil

Pagi di Gunung Rinjani
Turuni bukit dari Plawangan Senaru
Superb view dari Plawangan Senaru
Bolelah lari2 Hindustan kat sini
Dengan guide Zenn, Lombok mari uolls
Berhenti rehat di Pos 2, Jalur Senaru .Makan megi dulu….
Yariibaaa kami akhirnya sampai di Pintu Senaru!!!!!

Tq kerna sudi membaca. Rasenya tak puas lagi kot. Kene repeat lagi Gunung Rinjani nie.

Gunung Rinjani 2015 (PART4)

Sambungan dari Part 3

Hari : 3


Wake up call macam biase pukul 6 subuh sapie. Malas malasan dan lepas breakfast. Deme semua ajak pergi bermandi manda di Hot Spring Waterfull. Lalalaala..

Hot Spring jarak dari Campsite kami dalam 15 minit. Air terjun dia adalah bersulfur, so jangan la diminum yer. Nak terjun tiruk pon bole. Tapi kan lepas shampoo je keras kejung rambut. Bau sulfur je la mengkome semua. hehehe

View Hot Spring Waterfall. Pic ni wide so kene perati betui2 la utk nampak hot springnya
Dah wangi bau sulfur

3 dara pingitan, dengor kabor air terjun kat sini makin lama makin mengecil. Seiring dengan pergerakan tanah yang masih aktif dengan aktiviti gunung berapi di kawasan nie
 Hot Spring Waterfall Danau Segara Anak
Bukit di area Hot Spring Waterfall

Breakfast dulu

Sebelum gerak para guide dan para porter makan dulu

Pak Firman punye team. Sambal lombok deme sedap dan pedas berapi. Kalau tak tahan jangan la gatai makan. Walhal plak kat atas gunung nanti..hihi

Selepas mandi manda dia Air Panas Danau Segara Anak kami pun siap siap untuk bergerak ke Plawangan Senaru. Campsite lagi sehari di situ. Perjalanan dalam 3jam ke  4jam jugaklah. Agak mencanak mendaki nyer. Level 3/5 teman kasi score. Penat berbaloi sebab view lawa lawa.

Laluan di sepanjang Danau Segara Anak

Keindahan Tasek Danau Segara Anak dari lensa kamera Marsitah
Laluan di antara Danau Segara Anak ke Plawangan Sembalun
Danau Segara Anak disebalik  pokok

Tasek Danau Segara Anak dari atas bukit

Asik sekali Tasek Danau Segara Anak

Perjalanan yang agak sayup tak sampai sampai lagi nie…turun naik turun naik. Bila nak sampai nye oiiii!!!
Panjat panjat tak sampai pon Plawangan Senaru nye. Kata 3 jam je..
View bukit sebelum Plawangan Senaru

Akhirnya sampai jua di campsite Plawangan Senaru

Di atas Plawangan Senaru
Sunset Plawangan Senaru
Santai semasa menunggu Dinner
Campsite Plawangan Senaru , Kredit to Azli Wahab

Baca sambungan Part 5 plak la….

Gunung Rinjani June 2015 (PART 3)



Sambungan kisah Rinjani dari Part 2

Hari : 2


Aternya nak jadi citer masa turun tue nak memerot kaw2 nyer. Tak ampon jadinya laju ja turun ke khemah. Jatuh berguling guling dengan sorang cik abang nie sebab nk terkeluor sangat dah. Ghupenye dia pon sakit perot gak. Jadi berlumba lumba kami turun ke khemah. Sampai bawah false alarm. Ceh!

Okay nak kabor nie. Tak usah la rushing nak turun. Bahaya la. Walaupon tanah dia lembut pasir dia kasar kasar halus okay skit dari kat puncak tuh, tapi jangan la berlari. Potensi untuk terseliuh terkehel sangat tinggi. Better pakai kasut high cut kalau tak nak pakai gaiter. Seluar pulak labuh tutup kasut. Takde la batu batu kerikil tu masuk dalam kasut.

Sampai khemas kelam kabut packing makan lunch, lepas tue semangat teman nak keluar dari gunung nie.Dalam hati berkata kata bestnya. Boleh mandi tukor baju…Dah 2 hari dah nie tak mandi tak bertukor..Yiha….

Hahaaahhaa. Nie la padahnya tak mau prepared apa2 takmo amik tau apa2. Kekonon nak surprise diri sendiri la kan. Ghupenye kene campsite lagi beb. Kah kah. Sengal. Campsite di Danau Segara Anak.
Deme kata esok bole mandi. Ok la lega la sikit. Buat la muka sedih pinjam baju kat kawan sekhemah. Mulia hati mu Mas baju pinjam baju kuning tue… hehehe.

Lambat jugak kami gerak turun. Orang lain semua dah berdesup hilang, tinggai kami berempat terkedek kedek nak turun. Pukul 3.00pm baru nak mula menuju ke Danau Segara Anak.

Lawa view dia. Batu batu dia ada yang kata kejam macam Bukit Tabur. Jenuh la nak balance kaki nak melompat lagi. Lutut dah rabak nie. Macam tak banyak pulak pic batu batu nie, yela kami fokus menurun dan mendaki masa nie.

Trek dari Plawangan Sembalun (2639m) ke Danau Segara Anak (2000m) adalah menurun dan perjalanan mengambil masa 3 atau lebih.Tak la santai sangat, dah melepasi trek batu batu bole la kome nak berlari sampai ke campsite. Kami sampai pukul 7.00pm. Banyak stop gak ler dok menangkap gambo je kojer nyer.Tahap kesusahan 3/5 ke 4/5.

Hati hati tau. Batu licin. Baru lepas hujan pulak tue
Macam perkampungan Hobbit
Macam citer Maleficent
Hobbit dalam cite Lord of the Rings
Okay macam kat kampung Rapuzel dibesarkan. Lawa beb!
Hilang penat kami dengan view cam gini so kami slow kan perjalanan sebab nak enjoy view. Takde apa nak dikejar kat depan kan.
Hobbit in the making
Deme kata tempat kami kat tepi tasek tue tapi udah kene hijack dengan sape ntah, jadinya deme deme nie bersihkan tapak kubur nie buat campsite untuk kami. Errr
Campsite atas tapak kubur katanya. 
Omak cun nie kalo dapat khemah depan tasek nie. 
Kredit to Mas. Dia memang suka bunga. hehhe

Alkisah malam tu abg zeli (Azli Wahab) nak tangkap gambo guna kamera besor dia, selit la skali.hehehe. Konon2 nak g tasek cuci ke gosok gigi ke.Tapi bila tengok banyak sungguh bijih timah di dalam air, aihla potong stim tau!
Model Danau Segara Anak. Orang kat situ tengah memancing kami sebok la nyelit bergambor. Nasib tak kene maki,,hahaha
Dapat melantak dinner. Lega perot!

Ada lagi sambungan Part 4!!! nak g mana tue.. baca dulu… ada lagi view cantek nak kongsi nie

Gunung Rinjani (PART 2)

Sambungan dari kisah Part 1.

Hari : 2


Dalam jam 12.00 malam kene kejut untuk bersiap siap Summit Attack. Minum makan lebih kurang dalam pukul 1.00am lebih kami bergerak slow2. Cuaca sangat sejuk 24 Celsius – 25 Celsius, windy tu yang tak menahan. Sampai ke sum sum hitam, gigil buah pinggang. Jadinya teman menonong tak tentu hala sebab sejuk sehingga tak perasan terjalan sorang sorang. Sebab bila kita berhenti sejuk dia macam terhiris hiris ke pipi. Masa nie dikatakan suhu drop sehingga 4 Celsius.

Okay nie dah nak subuh dalam 4.30am ke 5.00am, pusing belakang takde sape sape dari group yang teman kenai. Cuak dan stress sebab pikirkan kene tinggal dan semua geng dah sampai puncak. Teman guna Gopro jadinya pic malam memang tak bole ler nak snap. Tengok Sunrise sambil minum 100 plus dan cekelat.

Lepas lelah jap sambil tengok sunrise

Nie edit bagi cerah skit. Sejam lebih layan view kat sini. Sambil pikir bole ke naik nie sebabnya lutut baru je operate, tengah denyut denyut pedih plak…adoii

Pabila Sunrise memancor baru perasan ada view tasek nie

Nie dah cerah skit bole la teman layan selfie selfie. Eh tadi gelap tak perasan gaung tue.. Dudok betui betui tepi gaung kalo jatuh habisla. Takde sape nak perasan sebab sorang sorang je masa nie. Ayo…

Teman tunggu kengkawan teman idok nampak muka. Dalam kepala kata memang kompom aku sorang je yang tak sampai lagi ni..

Lawa view dia

Ha… nindia… lagi 200 meter je… Je kome tu jangan percayalah. Uiii banyak la babi dok terkeluor dari mulut nie. Aternye lutut baru la sesangat operate. Pijak satu step kebelakang 3 ke 4 step. Amjadah sungguh..hahhaha. Aternye.. Teman kumpul energy bebanyak, jalan laju laju. Tip dia, jalan 10 step benti jap. Kaki akan menggelusur ke belakang so anda akan ke 7 step ke belakang, jalan laju2 balik. Begitula berjalan non stop tanpa henti. Kat sini la mental fizikal diuji. Rata rata survey mengatakan tahap susah sangat tinggi di trek 200m sebelum puncak. Batu nye berpasir besar dan halus. Maka jadila teori mengatakan Puncak adalah bonus. Tak kira la kome kata apa pon. Tak try tak tau, dah gatai nak naik cubalah selagi bole, kalo rasa nak semput nak mati tapi semangat ada, kira jalan je la. Sakit tue belakang citer. Actually teman tak study langsung pasai batu nie. So macam terperanjat la memula tu , mak aiii teroknya lah oiii..hahhaa. padan muka.

So akhirnya sampai la teman di puncak, mengagau mata mencari kengkawan teman. Takde pong. Seingat teman deme deme nie takde la terserempak ke apa tadi. Hadoiii la. Ada team yang dah sampai bagitau katanye deme tak sampai lagi… Deme bole lepak minum kopi secara berjemaah kat bawah  ghupenyer. Teman je tercicior sorang2. Tula gelut sangat kan. Takpela teman tunggu walaupon sejuk panas terik memancor ke muka nie. Terbakor rase weh. Tunggu punyer tunggu semua akhirnya Alhamdulillah semua sampai. Berjemur sakan kat atas tu 3 jam lebih weh. Balik KL hitam legam birat muka haha.

So Close Yet So Far

Intan dah sampai Yeyyy.. eh cuci mata lah.. Sape tu.. Hellu….ada org bukak baju la…grrrr

Dengor kabor lebih kurang sebulan masa nie ada minah saleh dari German jatuh betui2 kat sini selepas selfie. Mati on the spot.Gaya dia mcm nie la. Dah berselfie guide perasan dan tegor la. Eh bahaya la.. tanah dan pasir jerlus kot kt belakang nie.

Yeyy.. Akhnirnya kami sampai..Yarribaaa Puncak Rinjani

Raikan kejayaan !!!

Teman takde bergambo gini, amik dari Abg Zeli jela. Azli Wahab pic dia ohsem2

Semua team sampai. Alhamdullilah

Raikan bersama Coke , Teman bawak Nescafe je. Tak bole join..hehe , kredit tu Intan untuk pic ni

Sonok nampak? Pedih muka tgu kome tau. Kome sedap je party kopi kat bawah yer.

Masa ni tak la berapa mall sangat macam skrg. Rinjani Mall

Oakley calar balar lepas turun dari rinjani..Sob sob sob…uwaaa

Worth to repeat!!!

Saya jumpa Anjani saya disini!!!

Hazab la nak turun!!!
Sayup nak turun
Jom turun

Syok nyer time nie, Bole buat ala2 main ski. Sekejap je sampai bawah. 

Bye bye Anjani… ketemu lagi ya

haipp belum habis lagi. Baca sambungan Part 3

Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1

Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru

Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.  Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani. Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia.


Ungkapan “Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain,” macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut.

Pendakian di Gunung Rinjani dikenali antara gunung yang sukar didaki. Semangat lebih penting dari segala galanya. Walaupun fizikal anda tip top tapi mental dah down, masalah jugak tuh. Pendakian selama berhari hari amatlah memenatkan dan melelahkan.

Segala aktiviti pergunungan di lombok , Gunung Rinjani khususnya perlu berdaftar  dengan Taman Nasional Gunung Rinjani. Sebelum memilih pakej berhati hati dengan scam. Tolonglah selidik dulu. Tragis beb bila sampai ke airport, krik krik krik takde siapa pick up kat airport. Kalau satu rombongan cik kiah tak ke haru. Amaran telah di keluarkan oleh pihak Taman Nasional Gunung Rinjani berkenaan isu scam yang makin menjadi jadi. Berhati hati yer. Sebab dengor otai gunung pon kene kencing bab ni.

Pelbagai route dan pilihan pakej untuk pendakian. Dari 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam sehingga maksium 6 hari 5 malam. Bergantung pada harga dan pilihan masing masing. Tapi pastikan berbaloi tau. Rinjani kene tawaf sekeliling kawasan nya baru lah anda faham kenapa kene berkampung lama kat atas tue. Kalau naik route sama turun pun route sama, alangkah ruginya.

Kebiasaan untuk pendakian yang dikatakan sedang elok adalah 4 hari 3 malam melalui jalur sembalun. Seperti peta di atas, ada 2 jalur boleh didaki. Jalur Sembalun dan Jalur Senaru. Disarankan anda ikut route Jalur Sembalun. Sebab apa? Okay jom kita study.

Contoh pakej yang disediakan.


Pakej 5 hari 4 malam (Jalur Sembalun)

Day 1: Airport Lombok – Sembalun Lawang, night accommodation under foot of mount Rinjani, Hotel in Sembalun Lawang
Day 2: Sembalun Lawang – night at campsite Plawangan Sembalun Crater Rim (2639m).
Day 3: Plawangan Sembalun Crater Rim (2639m) – Summit Mount Rinjani – overnight in campsite Lake Segara Anak altitude 2000m
Day 4: Lake Segara Anak – overnight in campsite Plawangan Senaru crater rim altitude 2641m
Day 5: Plawangan Senaru crater rim – Senaru Village – Mataram OR Senggigi OR Bangsal Port (end services)


Pakej 5 hari 4 malam (Jalur Senaru)

DAY 1. Airport Lombok – night at local hotel in Senaru under foot of Mount Rinjani National Park
DAY 2. Senaru Village – night in campsite Plawangan Senaru Crater Rim and altitude 2641m
DAY 3. Plawangan Senaru – night in campsite Lake Segara Anak
DAY 4. Lake Segara Anak – nights in campsite Plawangan Sembalun Crater Rim altitude 2639m.
DAY 5. Plawangan Sembalun Crater Rim – Go Summit Mount Rinjani 3726m – Sembalun Lawang – Mataram OR Senggigi area (end services)


Nampak tak kita dah gunakan tenaga banyak apabila kita gunakan route Jalur Senaru. Hari ke-1, Kita mendaki sehingga setinggi 2461m ke Plawangan Senaru dan keesokannya menurun sehingga 2000m ke Danau Segara Anak. Hari ke-3 pula dari Danau Segara Anak mendaki ke Plawangan Sembalun setinggi 2639m. Tenaga dah banyak guna kat situ, hari ke-4  Summit Attack ke puncak Rinjani dan tentulah badan dah lemau. Kat sini lah ramai yang tertewas dan berpatah balik sebab 200m sebelum ke puncak bukan main dasyat bermain dengan emosi dan physcology. Tu belum nak kira turun dari puncak ke bawah dan menuju terus ke kaki gunung pulak. Berapa jam nak berjalan tue? 10 jam ke? sekiranya dari 3726m sampai ke kaki gunung, anda tengoklah peta tu sendiri. Sangat sangat memenatkan dan saiko kot. Jadi tak disarankan ikut route via Senaru.
Lebih relax dan tenang sambil enjoy view kalau mendaki ikut route jalur sembalun. Sebabnya anda hanya bermalam sehari di Plawangan Sembalun dan esok bole Summit Attack ke puncak Rinjani. Dan selepas tue anda akan menurun ke Danau Segara Anak (2000m). Relax, mandi manda di tasek, ngorat2, cari jodoh, kacau orang dalam khemah tanpa pikir nak tido awal sebab nak jimat tenaga untuk Summit Attack. Dan seterusnya menikmati keindahankan Gunung Rinjani dan Anak Rinjani dari atas Plawangan Senaru. Kat sini anda boleh relax sambil continue ngorat lagi, kot2 nak ngorat team lain ke.hahhaa. Mana tau kan. Lepas tue esok dah boleh turun ke bawah terus.
Anda boleh pilih macam2 pakej pulak, alang alang dah sampai kan. Boleh ke Waterfall Sendang Gile & Tiu Kelep atau ke Pulau Gili Trawangan atau Mataram atau Sengigi atau anda boleh tawaf satu Lombok tu kalau banyak budget dan cuti bertimbun timbun. 
Teman pergi Pakej 4 hari 3 malam di pergunungan dan extra sehari lepak kat Sengigi, walaupun perancangan awal nak ke Waterfall Sendang Gile & Tiu Kelep tapi tiada rezeki sebab masalah bilik kami semua bermalam di Sengigi. Okay la jugak, ada live band dan makan sedap. Budget masa tu murah lagi, semua sekali termasuk makan di gunung, tidak termasuk porter dan tidak termasuk makan selepas keluar dari gunung sebanyak RM650.
Jangan pening pening kalau takde carry mat dan sleeping bag, selalunya dah termasuk dalam pakej. Tapi selidik dahulu tau, kang kalau takde naya kome weh. Untuk porter selalunya kongsi 4 orang, idr 800,000 lebih kurang. Kira kira sehari dalam  idr200,000 sehari dan mungkin ada yang lebih. Total lebih kurang dalam idr 900,000. Ikut suka nak bagi tip tambahan.

Tips : Bawak air mineral banyak banyak. Jangan kemut. Bagi porter kalau tak larat nak pikul. Sebabnya teman balik Malaysia terus kene Radang Perut. Sebulan jugak la merana. Maybe air sulfur atau faktor kebersihan.

Bawak makanan tambahan seperti pisang, roti, cokelat bar, megi dan apa sahaja yang relevan.

Teman naik tak pakai gaiter. Sebab rimas. Jadinya teman pakai high cut shoe dan seluar ketat skit kt kaki yang menutupi kasut tu serapatnya. Kalau takde high cut pakai la gaiter. Kang kome terbongkok bongkok satu koje nak buang batu batu kerikil dalam kasut tu. Amende gaiter tu? Ni ha…




Hari : 1

Di sini la bermula segala galanya. Teman nie jenih memang tak suka nak amik tau atau well prepared apa2. Masa nie Rinjani takla sepemes sekarang. Masa ni baru nak nak ramai orang la. Nama gunung nie pon serius teman tau nak sebut dengan betui. Ranjani la. Anjani la yang teman tau kat lombok je..kui kui.. Tak tau yang gunung nie hardcore, tak amik port la pasai berapa hari kat camp site. Pendek kata teman memang suka redah. I like surprise. kah kah kah. Malang sungguh. Kerana salah paham berlaku, baju dan seluar trekking teman bawa sepasang je, baju tido sepasang, anak baju pun sepasang..hahahahha. Bayangkan 4 hari 3 malam bau dia acaner? Bau menusuk ke qalbu. Tak mandi campur peloh masam. Jenuh la spray perfume sebaldi. Well teman ingat biase biase je gunung nie. Rupanya view dia ‘SubhanAllah’ lawanye trek dia plak ‘MasyaAllah’ berakai nak naik turun. kih kih.Tapi mental kene kuat la selain fizikal, bila kene Summit Attack tu. Ntah berapa banyak babi beranak sepanjang nak summit attack tu(tu ayat maki diri sendiri). Selain Summit Attack satu lagi ‘MasyaAllah’ di Bukit Penyesalan. Amende ntah dok memanjat2 tak sampai sampai lagi. Hangin teman. Merah padam marah dengan diri sendiri jugak. haha. lawak betui. Jom kita baca itinerary ringkas sepanjang teman mendaki di Gunung Rinjani.

Itinerary

Hari 1
KUL – Lombok
Overnight semalam di lombok

Hari 2
6.00am – 7.00am : Breakfast – Ke Taman Nasional Gunung Rinjani Park
9.00am- 5.30pm  : Mendaki menuju ke Plawangan Sembalun
5.30pm – 8.30pm : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 3
1.00am                   : Wake up call
2.00am                   : Summit Attack
5.30am – 6.30am    : Puncak Rinjani
10.30am                 : Turun ke Plawangan Sembalun
11.30am                 : Breakfast
12.30pm – 5.00pm  : Turun ke Danau Segara Anak
5.00pm – 8.30pm    : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 4
6.00am                   : Breakfast
8.30am                   : Mandi manda di Hot Spring Waterfall
12.00pm                 : Mendaki ke Plawangan Senaru
5.00pm                   : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 5

6.00am                   : Breakfast
8.00am – 4.00pm    : Mendaki dan menurun ke Desa Senaru
4.00pm – 8.30pm    : Bergerak ke Sengigi dan bermalam di hotel

Hari 6
Pulang ke KL

Ikan Bakar dengan sambal lombok terangkat wooo.. pedas dan sedap!!!
 
Naik pick up ke Rinjani National Park
Agih agihkan beg kepada porter
Di Pintu Taman Nasional Gunung Rinjani Park

Pemandangan padang rumput nan hijau luas terbentang
 

Di Pintu Taman Nasional Gunung Rinjani
 

Keindahan padang rumput
Somewhere around the trek

Bukit Penyesalan kat belakang tue. Nampak dekat tapi macam tak bergerak seganjak bila mendaki. perghhh

Menyesal ke tuh naik Bukit penyesalan? Kah kah kah.. Slow je yang belakang tuh? Teman tengah melantak roti masa nie…Tengah selfie kat bawak pokok tuh

 Campsite Plawangan Sembalun 

Plawangan Sembalun

Di awanan Plawangan Sembalun

Dinner yang superb

Lepas makan siap siap tido.Esok Summit Attack. Teman nie tido mati selalunya kene la dapat buddy yang penyabor…

Ada sambungan Part 2…. jom tengok Part 2!!!