Blog

Gunung Tahan

Gunung Tahan terletak di Taman Negara, Pahang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-6 di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Murud dan Gunung Mulu yang berketinggian 2187 meter (7186 kaki). Ianya termasuk dalam senarai G7, gunung  yang berketinggian melebihi 7000 kaki dan menjadi idaman para pendaki bagi melengkapi misi, visi dan pengalaman sebagai pendaki tegar.
Sekiranya anda mempunyai keberanian semangat yang berkobar kobar untuk mengharungi sungai, berjalan di atas trek yang jauh dan kem berhari hari, maka ini lah tempat yang sesuai. Gerenti ini merupakan tempat paling berharga untuk menimba pengalaman. Menguji mental dan fizikal paling tahap tertinggi dan paling agung sekali!.
Dikatakan Gunung Tahan the most challenging trek in Malaysia. Disitu kita akan berbalik kepada fitrah semulajadi manusia. Mengenal erti hidup, muafakat, bersatu, tolong menolong, survival dan pelbagai lagi. Berbanding dengan Gunung Kinabalu  rintangan utama adalah berlawan dengan Higher Altitude. Pendakian selama 2 hari dan ada porter,maka pendakian anda di Gunung Kinabalu agak memudahkan. Berlainan di Gunung Tahan anda perlu carry beban di belakang anda selama berhari hari malah ada yang berminggu. Kekuatan fizikal dan mental untuk mengendong ration makanan, air, shelter  sepanjang on trek di dalam hutan ditambah perlu mengharungi sungai sememangnya a big challenging!. Strong knees, calf, powerfull fitness and determination are a MUST!. Anggap la macam nak pergi berperang. Hahaha.
Ada 3 route / trek yang boleh dilalui.
  • Sg Relau (Merapoh) – Gunung Tahan – Sg Relau (Merapoh) 4H3M
  • Sg Relau (Merapoh) – Gunung Tahan – Kuala Tahan 7H6M
  • Kuala Tahan – Gunung Tahan – Sg Relau (Merapoh) 7H6M

Tahan yang tak Menahan
Selepas trajedi yang melanda dalam hidup teman, yang hampir meragut nyawa ini. Tipulah kata tak gayat dan trauma. Tapi teman tak nak hidup dalam forever trauma. Kita cuba lah untuk lupakan kisah pahit tue. Dengan cara kita atasi trauma tue dengan menghadapinya semula.
Kira kira 7bulan selepas trajedi, teman dipelawa oleh kengkawan Rosliza Saad dan Arif (Mamat) untuk join trip Gunung Tahan.  Lama juga fikir, walaupun kondisi sebenarnya sememangnya tak berapa nak okay untuk mendaki lagi. Namun teman pikir balik, semua tuh semangat yang akan diuji. Hasil recce dari mulut ke mulut katanya okay la naik Gunung Tahan. Consider okay la naik Merapoh.
Ececeh…dengan semangat teman terima la jemputan mereka ini.
Sehingga lah hari mendaki baru tau sengsara nyer naik Gunung Tahan tuh. Haipp.. siapa kata senang  sangat tuh, kalau uolls compare dengan Kuala Tahan memang la senang lagi Merapoh. Tapi untuk overall ikut Merapoh memang mencabar dari segi mental dan fizikal. Dan extra mental untuk orang yang dalam recovery proses ni cik kak oi… Dah terjebak takkan nak patah balik. Hahhaa
Ketika ini,kaki kiri teman yang berbesi  nie tak boleh bengkok sepenuhnya dan agak sakit la.Tulang belakang masih mencucuk pedih. Kesannya kekuatan tangan tak berapa nak kuat dan adakalah senak, sharp pain di belakang, tak bole nak lompat kalau panjat batu atau akar kayu. So, teman agak slow mo dan jalan berterusan. Rasa serba salah dan cuak gak sebab kompom la ganggu jadual team kan.
30/9/2016 
Lingkungan 3.30pagi kami bertolak ke Merapoh melalui MRR2 Genting. Dari situ kami keluar exit ke Bentong. Perjalanan memakan masa 3 jam dan kami tiba di Merapoh pada pukul 6.00pagi. Sesudah subuh kami bersarapan di warung berdekatan sementara menunggu Pejabat Taman Negara Sungai Relau dibuka.
10.00pagi
Kami tiba di Pejabat Taman Negara Sungai Relau pada lebih kurang pukul 10.00pagi. Disini kami kene punggah semula barang yang di bawa dan dicatit satu persatu segala mak nenek barang barang yang akan dibawa. Pastikan barang yang dibawa naik sama kuantitinya pabila di bawa turun. Nanti kene denda, kesian. Antara barangnya plastik, botol, bateri, pakaian, stoking, gloves dan sebagainya. Nak senang susun elok elok dan asingkan dalam plastic atau beg kecik.
Sesi Memuinggah Barang Ration dan Personal Untuk Direkod
Sesi Memuinggah Barang Ration dan Personal Untuk Direkod
11.30tengahari
 
Dengar taklimat dari guide pihak pengurusan.
(Pic Taklimat di pejabat dan pic 4w4)
12.30tengahari
Taklimat Di Kuala Juram
Kami tiba di Kuala Juram. Jarak dari Pejabat Taman Negara Sungai Relau ke Kuala  Juram adalah 13km, 40minit dengan menaiki 4W4. Setelah mendengar taklimat  buat kali kedua dengan guide, kami memulakan pendakian dari Kuala Juram lebih kurang pukul 1petang.
Permulaan trek dari Kuala Juram ke Kuala Luis agak melandai sedikit dengan jarak 5km. Banyak la diskaun treknya .Selepas Kuala Luis mencanak lah sehingga ke Kem Kor. Kami tiba di Kem Kor antara pukul 6 petang ke 7 petang. Anda perlu cari kasut yang bersesuaian, kalau selesa pakai sandal, pakailah. Sebab banyak sungai dan anak sungai yang perlu diharungi sepanjang perjalanan. Tak sempat  kaki nak kering dah basah balik.
1.00 tengahari
Pendakian pun bermula

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Trek mendatar rolling dan banyak diskaun
Trek mendatar rolling dan banyak diskaun
Sungai pertama – Trek masih relax lagi
Sungai kedua – Trek dah mula menaik turun nie.
Sungai ketiga – Trek menaik
Sungai keempat – Tiba di Kuala Luis. Lunch dan Solat.
Sungai Relau        –             Kuala Jeram          13km     4W4
Kuala Juram         –             Kuala Luis             5km       2jam
Kuala Luis           –              Lata Luis               6km       2 1/2jam
Lata Luis              –              Kem Kor               2.5km    1 1/2jam
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Lintasan Sungai Pertama
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Lintasan Sungai Pertama
Lintasan Sungai Pertama
Lintasan Sungai Kedua
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Lintasan Sungai Kedua
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Trek Selepas Sungai Ke-2.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Trek Selepas Sungai Ke-2
6.00petang
 
Group pertama sampai di Kem Kor. Disebalik Kem Kor ada anak sungai, depa ni bole lepak lama sampai sejam, ingatkan jauh lagi. Walhal sedepa je Kem Kor tu dengan tempat lepak yang konon beristirehat tue.
7.00petang
 
Keseluruhan group akhirnya sampai dan set up fly dan ground. Masa tengah set up hujan lebat turun. Habisla basah semua orang. Tak dapat nak buat unggun api sambil main ukulele.
9.00malam
 
Kami makan malam yang di masak oleh Gogo Mamat dan Ija. Ada kambing bakar, ayam bakar, daging bakar, nasi, sayur goreng, sambal belacan. Kami makan secara shell out katanya.Bak kata pepatah, “Pikul macam hamba makan macam raja”. Dah kenyang makan, tibalah masa untuk mandi.  Fly kami depan sungai je. Kami bagi lelaki mandi dulu, sebab nya kami nak kongker mandi secara berjemaah gegirl sahaja. Syok or mandi disirami cahaya bulan sahaja. Yang kelakornya punyer seronok mandi sampai tak perasan mandi depan fly guide..kah kah kah. Harap harap tak nampak la apa apa kan.
31/10/2016
 
Seawal pukul 6.00 pagi dah digerak bangun. Bersiap siap make up kemas fly, beg dan makan pagi. Cuaca sedang elok semasa kami memulakan pendakian. Jarak perjalan dari Kem Kor ke Kem Botak, adalah 16km. Perjalanan nya jauh dan mencanak menguji mental setiap orang. Kalau ikot pace teman memang slow macam siputla. Dengan kondisi  yang masih terasa sakitnya. Dianggarkan perjalanan memakan masa 9 ke 10 jam bagi pace biasa. Pada pukul 7.00petang, hujan dah start turun dan makin lama makin lebat dan berhenti kira kira pukul 11.00malam. Senang citer kami berOT sakan. Lepak sambil masak, bergambar, bahan kengkawan tak la terasa sangat. Paling lama lepak dekat pokok Bonzai tue. (pic bonsai). Ditambah dengan bawak minah siput ala ala OKU iaitu teman nie. Kami sampai di Kem Botak around 1.00pagi. Syukur dapat kengkawan yang hati suci dan baik hati.
Dah sampai set up fly dan ground dan Gogo Ija dan Mamat start masak. Dapat tidur dalam sejam pon jadilah.
Kem Kor            – Permatang         2.5km    1jam
Permatang          – Kubang              3.5km   1 1/2jam
Kubang              – Berlumut           1.5km    1jam
Berlumut             – Bonsai              5.5km    3jam
Bonsai                 – Bukit Botak      3km       2jam
1/10/2016
 
Kami curi curi tidur ayam tapi berdengkur gak, so kira tak berapa tidor ayam la. Punyela liat dan malasnya nak bangun lah hai. Hahaha. Bangun gak la,takde makna la nak cuci muka ke cuci gigi. Bangun tidor, angkat beg jalan terus. Gogo sikit lagi nak jadi Hulk Hogan. Kah kah kah. Dalam pukul 5.45pagi, kami mendaki ke puncak. Jalan sambil mata pejam memasing.
Trek ke puncak agak unik. Gunung batu rupanya Gunung Tahan nie. Ala ala macam naik Gunung Kinabalu plak rasenya. Sejuk membeku dan berbatu.
Sebelum matahari terbit akhirnya kami sampai ke puncak, sebelum pukul 7.00pagi. Alhamdullilah kami semua dapat tengok Sunrise.  Akhirnya…..
Hilang penat selepas nampak apa yang terbentang di depan mata. Kaki melecet pecah tak berapa nak rasa dah pabila nampak view yang sebegitu indah. Alhamdullillah.
(pic summit dan video)
 
10.00pagi
 
Dah puas lepak kat puncak, kami turun dan bergambo. Sampai di fly , makan breakfast dan kemas kemas. Lingkungan 12.00 tengahari kami bergerak turun. Dari Bukit Botak ke Bonsai trek open, panas terik takde pokok nak berlindung. Dah masuk Bonsai okayla skit. Lega haih…  Dan seterusnya Bonsai –  Berlumut – Kubang. Kami sampai di waterpoint antara dah pukul 6.00 petang. Teman rasa punye jauh, ntah bila lah nak sampai nie.
Berlumut – Kubang – Permatang
 
Masa nie dah masuk lepas maghrib, wow.. OT lagi..hehhehee. Macam macam jadi  kat sini. Ada yang pewai sampai dah tak kenal orang pon hado. Jangan memain eh dengan perubahan badan yang penat melampau sampai meracau . Teman yang dah kompom mental layan kaki yang koyak melecet, kene kuatkan semangat, saikokan diri sendiri. Sebab nampaknya ada yang memerlukan perhatian lagi. Berejam berehat dan slow slow di Kubang, akhirnya kami sampai di Permatang pada pukul 3pagi. Group hadapan tiba lebih awal iaitu pukul 1.30pagi. Alhamdullilah dapat sweeper terbaik. Sabor menanti dan merawat hati yang serabut. (Mendalam tau maksud nie). Tq MAMAT dan MOJA. Ingat nie.. #permatangtragedy. Sesungguhnya semangat setiakawan dan sabar kunci kejayaan kita..hahaha
Akhirnya kami dapat dapat la tido dan berehat dengan sepuas puasnya. Basah kuyup uollsss.
3/10/2016
 
Breakfast dan gerak ke Kem Kor pada pukul 10 pagi. Group hadapan gerak dulu awal sejam. Dalam 30 minit dah sampai Kem Kor. Hek eleh dekat je..hahahaha. Punye la susah hati takut air minum takde.
(pic makan) di permatang
1.00tengahari
 
Makan Lunch dan gerak turun terus. Ada salah faham di sini. Kami mati mati ingatkan kene ada bawah (Kuala Juram) sebelum pukul 5.00petang. Group pertama jalan dulu, nak kejor 4W4 punye pasal lah. Budget time memang sempat.  Jadinya, sebenarnya kene sampai atleast paling lewat pon pukul 3petang. Kalau pukul 4petang tu, dah tak berapa nak cantek la. Sebabnya 4W4 nak pick up kita lagi, nak pergi ke pejabat lagi, memang tak sempat la. Paling cun sampai ke bawah pukul 2petang. Kalau diberitahu, bole lah gerak dan plan awai.
Jadinya group hadapan dah sampai ke Kuala Juram pukul 5.00petang (pejabat pon dah tutop). Yang bestnye signal phone pon takde. Kalau nak signal kene la berlari 7km baru ada signal. Makanya kami terkandas dan tido la dekat Kuala Juram. Bentang carry mat dan tido berjemaah. Okay la jugak boleh luangkan masa dengan kengkawan lagi skali. Yang bestnya segala bahan bahan masak semua dah buang dengan seronoknya kat Kem Kor. Hahaha. Nasib la guide ada bawak bahan bahan skit. Boleh la masak tak kebulur malam tu. Yang mana koje tu..menjawab la esoknya.
4/10/2016
 
10.30pagi
 
4W4 akhirnya sampai. Itu pun setelah guide pergi berlari dapatkan signal sejauh 7km. Naya betui.
Kami selamat tiba di Pejabat Taman Negara Sungai Relau. Nasib pegawai yang check barang barang nie tak la cerewet sangat. Kalau idak matilanak, lama lagi nak tunggu. Pastikan barang barang yang dibawa turun sama dengan yang yang di bawa naik.
Kami mandi di situ dan barulah lega. Nampak la muka orang akhirnya. Bau kambing jadi bau kasturi. Kuku yang hitam bersih kembali. Kaki habis melecet kopak sana sini. Jalan macam baru lepas kene sunat lagaknya. Kah kah kah. Tamatlah ekspedisi kami ke G7 tertinggi di Semenanjung Malaysia melalui Merapoh – Kuala Tahan. Selepas nie ikut Kuala Tahan pulak. Caiyokkk!!!
(Pic kaki)

 

Advertisements

Nasi Lemak Tangling dan Ikan Bakar Tangling

 Nasi Lemak Tangling & Ikan Bakar Tangling.

 Nak rasa kelainan?

Apa kata cuba makanan di Tangling. 

Nasi lemak di bukak seawal pagi. Pukul 7.00pagi sehingga 12.00 tengahari. So bole la breakfast di sini dah lanjut lunch dengan ikan bakar.

Nasi Lemak Tangling rasa enak dan ada aromanye tersendiri. Sambal nye tak pedas dan sedap. Memandangkan teman datang dah nak lunch lauk nye dah banyak habis. Teman dapat rasa daging rendang dan sotong. Sumpah lembut daging dia dan tip top. Sotong pon lembut dan cukup rasa sambalnya.

Jangan terkejut kalau nak kene beratur. Datang la awal kalau nak makan lauk pauk yang lain yer. Antara yang ada dikatakan sedap adalah ayam goreng dia.

Mengikut cerita pengusaha nya sekarang iaitu Fazaitul Akhma Zainal Abidin, gerainya telah lama wujud sejak tahun 1948. Tapak asal adalah di bawah pokok di kawasan berhampiran yang diusahakan oleh neneknya. Dan seterusnya di usahakan oleh ayahnya dan kemudian diambil alih oleh beliau.

Nasi Lemak Tangling telah dikategorikan sebagai Top Ten Nasi Lemak di Lembah Klang. Juga mendapat respon yang baik dari Trip Advisor.

Ikan Bakar Pak Din

Jangan mengeluh la kalau kene beratur. Memang ramai bila time lunch hour. Rasa asam dia agak unik. Rasa asam dan bawang dia lebih terasa dan tak pedas. Kalau nak pedas minta cili potong tambah. Nak selesa untuk makan ikan bakar kene  lah makan di bahagian belakang dapur gerai nie.
Cubalah makan lunch kat sini. Sebelah Nasi Lemak Tanglin sahaja.

Punye lah seronok sangat sembang sampai lupa nak snap pic banyak banyak pic ikan bakar nie. Bagi yang suka mencuba ikan bakar, teman sarankan try makan di sini pulak.

 Untuk lokasi klik aje disini. Selamat Mencuba!!!

GPS 3.144033, 101.690589

Alamat Nasi Lemak Tanglin
Tanglin Food Court
Jalan Cenderasari
Desa Sri Hartamas
504840 Kuala Lumpur

Boleh la kalau nak Brunch. Tapi lepas 12.00 tengahari dah tutop kedainya.
Ikan Bakar Pakdin, Sedap!
Nasi Lemak Tangling. Sotong Sambal dan Daging Rendang. Sedap okeh.
Waktu Perniagaan
Harga Menu yang masih murah

Datang lewat memang habisla lauknya
Boleh jugak duduk di belakang kedai nie ha.. 

Kluang Station Coffee

Hai,

Apa yang menarik di Bandar Kluang?. Di sini terkenal dengan kopi nya. KLUANG RAIL COFFEE.

Kebetulan ada kenduri Bandar Kluang nie, teman nyinggah le Kluang Station Coffee disini. Perlu tahu yer, coffee shop Kluang Station Coffee dah banyak cawangan. Ala ala Kopitiam Ipoh ler. Jadinya teman tak hingin kedai ghupe itu, nak original kat stesen keretapi tue. Jenuh la berwaze, ber GPS semuanya tunjuk hala ke francais Kluang Coffee Shop. Jadinya search ajela, STESEN KERETAPI KLUANG. Anda akan di bawa ke stesen tu. Kedai original nya di dalam stesen tu. Masuk parking RM 1. Parking tu nasib la dapat, space parking kecik naw.

Macam macam ada kat sini. Mee Kari, Laksa, Nasi Lemak, Cucur ikan bilis dan sebagainya. Malangnya banyak menu dah habis. Kami sampai dalam pukul 3 lebih, mungkin hujung minggu orang ramai berkunjung ke sini agaknya.

Teman penggemar kopi. Jadi takpe la, takde rezeki nak cuba. Next time pasti akan datang lagi nak try segala makanan dia. Kami order cucuk ikan bilis, roti bakar dan kopi kluang stesen. Rasa kopinya tak keras, light aje namun berlemak. Sedap jugak la. Cicah plak roti bakar yang berisi mentega dan kaya. Sedap!!!!

Suasana di kedai kopi sangat rare. Sangat old scholl dan so 80’s. Ngimbau zaman masa bebudak dulu. Tapi dah makan janganla lepak lama. Sebab ramai yang menunggu kat meja.
Ini koordinat  GPS 2.032662, 103.317980

Alamat:
Stesen Keretapi Kluang, Jalan Station,
Kampung Masjid Lama, Kluang, Johor, Malaysia



Ini menu wajib. Kopi Kluang dan Roti Bakar
Pelbagai menu ada tue.. Soto, Laksa Johor, Nasi Lemak Karipap, Kuih Muih dan sebagainya.

Kawah Ijen 2015

Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2443m dan berhampiran dengan Gunung Merapi. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1999. Fenomena alam yang amat mengagumkan di Gunung Ijen adalah kawah yang terletak di sekitar puncaknya.

Kawah Ijen (Ijen Crater) dikatakan sebuah tasek terbesar di dunia. Kedalaman tasek mengjangkau 200 meter dan luas kawah 5446 hektar.  Keunikan kawah ijen adalah Blue Fire atau Api Biru.  Api biru ini hanya kelihatan sedang elok di antara pukul 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi. Di khabarkan hanya ada 2 tempat sahaja yang wujud di dunia iaitu Ijen dan Islandia. Dari kejauhan selain dari Gunung Merapi turut kelihatan Gunung Raung, Gunung Suket, Gunung Ranted dan pelbagai gunung gunung kecil.

Ada 2 cara untuk kesini sekiranya anda dari KL. Sama ada penerbangan ke Surabaya atau ke Bali. Route berbeza, cabaran berbeza, pengalaman berbeza dan aktiviti pun berbeza. Sekiranya anda turun di Surabaya, anda boleh ke Bromo dan berkayak sekali. Jika turun di Bali anda boleh berjalan jalan di Bali barang sehari dua dan seterusnya lanjut ke Banyuwangi.

Teman dan kengkawan teman pilih turun di Bali. Ini itinerary kami ;-

21.11.2015
Tiba di Bali

22.11.2015

1200 – Check out and head to Bayuwangi (Van ,3 jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest

23.11.2015
0200 – Mula mendaki Kawah Ijen1000 – Tamat mendaki Kawah Ijen.
13


00 – Check out di Hotel Banyuwangi dan menuju Bali (Van,3 Jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)1800

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest


24.11.2015

Free & easy day & Pulang ke KL
Hari Pertama
Tiba di Bali. Makan dan merayau.
Airport Bali
Esoknya selepas breakfast, kami menuju ke Pelabuhan Gilimanuk. Jarak dari hotel ke pelabuhan kira – kira dalam 130km, 3 jam. Disini kita akan melalui jalan kampung, kalau banyak kereta, habisla dudok la kome dalam jem. Kalau ada kawan gila satu van, oklah penghibur suasana. Dapat yang satu van kuat tido, keras la otot kepala, bosan..hehee. Tapi sepanjang perjalanan view cantek. Bole nampak pantai pasir hitam. Betapa suburnya tanah disini disebabkan muntahan lavar yang mengandungi pelbagai zat, di tepian pantai pon boleh bercucuk tanam, bersawah, tanaman lain. Teman bergembira sangat dalam van sampai lupa nak snap pic pemandangan sepanjang perjalanan. 
Kebetulan bila sampai kami takde la nunggu lama sangat nak naik feri nie. Perjalanan dari Pelabuhan Gilimanuk ke Pelabuhan Ketapang memakan masa dalam 1 jam lebih. Dah sampai kami naik teksi ke Hotel di Banyuwangi. Mandi manda kat swimming pool sampai mahgrib, makan dan tido. Sebab esok pepagi nak manjat dah.
Pelabuhan Gilimanuk
Dalam perjalanan boleh nampak Gunung Raung dan Gunung Ijen bersebelahan di belakang nun di sana…
Kami tiba di Pelabuhan Ketapang sambil tunggu Supir kami wefie dulu yok!!!

Tak sempat lelap sangat pon, Pukul 11.00pm dh kene kejut oleh gogo, si Lart Salina. Dalam kul 12.00am dh kene gerak ke Paltidung (kaki Gunung Kawah Ijen).

Warung di Paltidung (kaki Kawah Ijen)
Cuaca masa nie amatla sejuk sehingga ke tulang hitam. Ada tempat berteduh sementara menunggu gate untuk mendaki di buka. Gate bukak sekitar jam 1.00pagi ke 2.00pagi. Sambil relax2 layan sejuk mengcengkam jiwa boleh la minum teh atau kopi di warung dulu. Kira – kira dalam pukul 1.30pagi gate bukak, dan kami memulakan pendakian.
Mula pendakian, yang mulanya sejuk menggedi jadi panas hawau. Yelah dan mendaki badan mestilah dah start panas. Jarak perjalanan dalam 3km dan kira kira 2 atau 3 jam mendaki sehingga ke Kawah Ijen. Track dia adalah laluan jalan besar, jadi boleh ikut pace masing – masing, tanpa beratur macam broga..hehe. Track tanah pasir besar dan halus dan ada yang bertanah merah serta berdebu, seeloknya kene la pakai penutup mulut dan penutup telinga. Penutup mulut haruslah menggunakan penutup mulut yang disarankan oleh pihak pengurusan. Mask khas untuk sulfur.

Paling tak menahan sepanjang perjalanan adalah bau sulfur yang menyeksakan. Nampak macam senang je 3km kan, tapi mental jugakla kalau dah sesak napas dengan sulfur masuk hidong, sejuk gedi, bukit yang mencanak, debu2 masuk hidung dan mata. So minta tolong jangan nak underestimate dengan kawah ijen. Takut semput dan pengsan pulak kalau takde stamina, ada penyakit asma, jantung dan sebagainya.

Start mendaki dalam pukul 2.00pagi dan sampai ke Kawah Ijen lebih kurang 5.00pagi. Sempatla tengok Sunrise dan Blue Fire. Anda perlu sampai sebelum Sunrise untuk menikmati keindahan Api Biru nie. Dikatakan lagi sejuk cuaca lagi besar api ini membiru.

Sepanjang perjalanan naik dan turun, anda akan bertembung dengan ramai peraih sulfur atau belerang. Ianya berwarna kuning dan mudah pecah. Masa nie agak menginsafkan kerana untuk mengangkut setiap sulfur yang berat dan pulangan yang tidak seberapa, ada yang kurang dari RM10 untuk setiap bakul penuh. Dikatakan ramai peraih yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit akibat penjadi peraih di sini. Yelah kan, hari hari hirup dan telan asap belerang memang memudaratkan kesihatan.

Cecair sulfur yang keluar dari tanah dibiarkan sejuk dan mengeras dahulu sebelum  di ambil peraih untuk di jual.

Ini rupa dia, cecair sulfur terbit dari dalam tanah. Bau dia amat kuat dan perit.
No edit. Nie pandangan dari atas lereng kawah. Kene turun ke Kawah Ijen untuk lihat api biru dan sulfur. Kalau bole sampai sebelum matahari naik. Sayangnye kalau sampai dah cerah.

Matahari manja manja muncul. Indahnya Sunrise di sebalik Kawah Ijen

Sebelum atau selepas puncak ada satu tempat untuk berehat, Pos Penimbangan atau dikenali sebagai Pos Bunder. Disini adalah tempat dimana para peraih belerang menimbang hasil mereka. Ada warung menjual minuman dan makanan ringan. Bolelah nak rehat sambil bergurau senda,sambil sambil bergambor.
Disini anda bole beli sulfur yang telah diukir. Harga setiap satu dalam Rm 2 ke RM3. Sambil membeli sambil menderma Ada pelbagai bentuk, ada arnab, penyu, kucing, ayam dan macam macam. Teman beli je. Seludup masuk Malaysia. Katanya tak boleh. Tapi pandai pandai la balut jangan sampai pecah atau bersentuhan. Takut activate api katanya. Jadi balut satu satu dengan tisu dan surat khabar. Dan check in. hehehe.

Maaf ya.. Pic nie terpaksa amik dari google sebabnye lupa nak snap. Aduhhh. tapi memang beginila rupanya yang mereka jual.

Pos Penimbang / Pos Bunder. Tempat menimbang Sulfur dan istirehat 

Kisah dihendap semasa mandi


Kisah dihendap semasa mandi

Teman masa kecil tak diajor atau dimomok kan takut dengan hantu. Mak selalu cakap hantu tak wujud. Jadinya teman nie paham ada hantu tapi ada lagi perkara kene takut, iaitu Maha Pencipta di atas sana. Teman masa kecik eiii buas bebenor. Kekadang pikior balik kalau teman di tempat mak dan abah dah lama la kene rimbuk lebam sana sini..haahhaha. 

Teman dibesorkan 2 tempat yang berbeza. Dari beranak di Hospital Kuala Lumpur sampai darjah 2 teman dibesorkan di Sungai Besi. Lepas tu bapak teman pencen awai, jadinya pindah le ke Beruas, Perak. Kami berpindah ke rumah Tokwan dah Opah di kampung belah mak. Mula – mula bersekolah kat kampong rasa janggal bebenor. Yelah, dah le nak kene bangun awai subuh pehtu kene mengayuh basikal bapak jauh gile. Lebih kurang 45 minit baru sampai, naik bukit turun bukit baru sampai. Udah berpeluh peluh masam,muka berminyak kene masuk kelas pulok. Teman shock culture sekejap. Sebabnye dok kampong ni, orang busy body, sebok la nanye anak sape, dudok mana, cucu sape. Paling senang nak kabor, teman cucu Ton Ali Bomoh Barah di Kg Gelung Pepuyu. Ton tu Nama Zaitun untuk nama Opah. Nampak tak kuasa pompuan? Nama Ton jadi pangkal..hehe. Tapi kalo dok bandar dulu, orang tak heran la kome nie anak sape, merayor sorang2 pon orang tak kebulur nak siasat itu ini. Bila dah rasi skit dengan suasana kampong uiiiii, teman punye langkah kaki bapok panjang. Langkah sampai 2, 3 kampung mandi sungai, curi buah orang, baling ayam orang, ngedap orang…erkk  ni tak leh citer banyak2, kang Mak baca mampuih teman..hahaha.

Teman boleh hilang dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Kawasan uma teman nie hutan keliling. Keluar masuk agak masalah ke jalan besor. Apa bas haram takdenye. Memang masa tu basikal atau motor teman lenjan,walaupun usia darjah 3, teman peduli apa. Teman nie tak gemor mandi. Udah balik maghrib memang idak le nak mandi. Masalahnya bilik ayor kat luar rumah. Bilik ayor tu pulok betui betui la dekat sebelah rumah jiran nie. Rumah jiran nie tinggi sikit, atas bukit tapi rapat la, kalo kerling ekor mata pon udah boleh nampak sape tengah bolen mandi kat dalam bilik ayor tue. Nak jadi satu cerita, satu hari mak kuar hanger nak bantai teman sebabnya dah pukul 8 malam tak mandi mandi lagi..Aduh… teman nie bukan tak mo mandi tapi udah gelap bebenor, dah la jiran sebelah tu ada ‘mata-mata’ suka ngintai. Tension betuila.

Jadi takut takut berani teman tanggal la satu persatu baju. Kain basah ada, eh ape barang kain basah, payah la nak sabun. Haha. Dengan berlampukan lampu minyak tanah teman kene basuh baju sekolah dengan baju kotor yang berselut siang tadi.Mak memang dah ajor dari kecik begini. Basuh baju pakai tangan dari darjah 3 lagi. Terima kasih mak. Hahaha. Masa tengah sedap memberus baju tuh, teman perasan pokok pinang bergerak gerak. Bilik ayor luar kan mana la ada katup atas tuh. Memang nampak la bulan bintang segala. Malas amik port makin rancak pulak pokok pinang tu memberat ke bawah.. masa nie teman tengok ikot kerling mata jela. Dia punye seram memang haram jadah takut. Jilake betui. Teman tau natang tuh tengok sedap usha teman. Masalah sekarang nie kepala teman ada shampoo, nak lari mata pedih nie. Takpe teman kuatkan semangat teman cakap dalam hati tu berok tue. Bukan ada apa pon. Teman continue macam biasa basuh baju. Dah cuci baju semua, teman udah rasa tak bole tahan lagi dah. Sebabnya takkan la berok bole goncang pokok kelapa pulak, tadi pokok pinang. Lama kelamaan ada bunyi dengus dengus pulok doh. Teman dongak ke atas langit lalu kami bertentang mata. Mata nya merah, gelap tak la berapa nampak, nampak dari cahaya bulan tapi tau la besor bagak berbulu. Aiii….. lagi mau tunggu ke? Teman lari bolenla sambil jerit nangis naik rumah udah macam nak reban rumah. Seram nya. Sampai demam ler teman terperanjat. Baju tengah memberus tadi lantok ler situ. Esok la sambung.

Kami tau tapi buat buat la tak tau dan tak nampak. Nak buat macam mana kan. Hal masing masinglah. Tapi jangan la kacor kami. Yang tuan nya pon ajor la bende tu beradap skit dengan jiran tetangga. Budak kecik toksah dikacor la. Lemah semangat luruh jantung. Jadinya selepas tuh, memang tak hingin teman nak mandi memalam kat bilik ayor luar tu. Teman mandi kat dapur je, dapor rumah lama kan tinggi ada lubang untuk ayor keluar tuh. Ha.. kat situ lah. 

Banyak lagi cerita alkisah gini, tapi nanti la teman sambung lagi yer.
Gambor hiasan