Nasi Lemak Tangling dan Ikan Bakar Tangling

 Nasi Lemak Tangling & Ikan Bakar Tangling.

 Nak rasa kelainan?

Apa kata cuba makanan di Tangling. 

Nasi lemak di bukak seawal pagi. Pukul 7.00pagi sehingga 12.00 tengahari. So bole la breakfast di sini dah lanjut lunch dengan ikan bakar.

Nasi Lemak Tangling rasa enak dan ada aromanye tersendiri. Sambal nye tak pedas dan sedap. Memandangkan teman datang dah nak lunch lauk nye dah banyak habis. Teman dapat rasa daging rendang dan sotong. Sumpah lembut daging dia dan tip top. Sotong pon lembut dan cukup rasa sambalnya.

Jangan terkejut kalau nak kene beratur. Datang la awal kalau nak makan lauk pauk yang lain yer. Antara yang ada dikatakan sedap adalah ayam goreng dia.

Mengikut cerita pengusaha nya sekarang iaitu Fazaitul Akhma Zainal Abidin, gerainya telah lama wujud sejak tahun 1948. Tapak asal adalah di bawah pokok di kawasan berhampiran yang diusahakan oleh neneknya. Dan seterusnya di usahakan oleh ayahnya dan kemudian diambil alih oleh beliau.

Nasi Lemak Tangling telah dikategorikan sebagai Top Ten Nasi Lemak di Lembah Klang. Juga mendapat respon yang baik dari Trip Advisor.

Ikan Bakar Pak Din

Jangan mengeluh la kalau kene beratur. Memang ramai bila time lunch hour. Rasa asam dia agak unik. Rasa asam dan bawang dia lebih terasa dan tak pedas. Kalau nak pedas minta cili potong tambah. Nak selesa untuk makan ikan bakar kene  lah makan di bahagian belakang dapur gerai nie.
Cubalah makan lunch kat sini. Sebelah Nasi Lemak Tanglin sahaja.

Punye lah seronok sangat sembang sampai lupa nak snap pic banyak banyak pic ikan bakar nie. Bagi yang suka mencuba ikan bakar, teman sarankan try makan di sini pulak.

 Untuk lokasi klik aje disini. Selamat Mencuba!!!

GPS 3.144033, 101.690589

Alamat Nasi Lemak Tanglin
Tanglin Food Court
Jalan Cenderasari
Desa Sri Hartamas
504840 Kuala Lumpur

Boleh la kalau nak Brunch. Tapi lepas 12.00 tengahari dah tutop kedainya.
Ikan Bakar Pakdin, Sedap!
Nasi Lemak Tangling. Sotong Sambal dan Daging Rendang. Sedap okeh.
Waktu Perniagaan
Harga Menu yang masih murah

Datang lewat memang habisla lauknya
Boleh jugak duduk di belakang kedai nie ha.. 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s