Kawah Ijen 2015

Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2443m dan berhampiran dengan Gunung Merapi. Kali terakhir meletus adalah pada tahun 1999. Fenomena alam yang amat mengagumkan di Gunung Ijen adalah kawah yang terletak di sekitar puncaknya.

Kawah Ijen (Ijen Crater) dikatakan sebuah tasek terbesar di dunia. Kedalaman tasek mengjangkau 200 meter dan luas kawah 5446 hektar.  Keunikan kawah ijen adalah Blue Fire atau Api Biru.  Api biru ini hanya kelihatan sedang elok di antara pukul 1.00 pagi sehingga 5.00 pagi. Di khabarkan hanya ada 2 tempat sahaja yang wujud di dunia iaitu Ijen dan Islandia. Dari kejauhan selain dari Gunung Merapi turut kelihatan Gunung Raung, Gunung Suket, Gunung Ranted dan pelbagai gunung gunung kecil.

Ada 2 cara untuk kesini sekiranya anda dari KL. Sama ada penerbangan ke Surabaya atau ke Bali. Route berbeza, cabaran berbeza, pengalaman berbeza dan aktiviti pun berbeza. Sekiranya anda turun di Surabaya, anda boleh ke Bromo dan berkayak sekali. Jika turun di Bali anda boleh berjalan jalan di Bali barang sehari dua dan seterusnya lanjut ke Banyuwangi.

Teman dan kengkawan teman pilih turun di Bali. Ini itinerary kami ;-

21.11.2015
Tiba di Bali

22.11.2015

1200 – Check out and head to Bayuwangi (Van ,3 jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest

23.11.2015
0200 – Mula mendaki Kawah Ijen1000 – Tamat mendaki Kawah Ijen.
13


00 – Check out di Hotel Banyuwangi dan menuju Bali (Van,3 Jam)
        – Sampai di jeti Gilimanuk (Feri,1 Jam)1800

1900 – Sampai di Hotel Banyuwangi . Check in & rest


24.11.2015

Free & easy day & Pulang ke KL
Hari Pertama
Tiba di Bali. Makan dan merayau.
Airport Bali
Esoknya selepas breakfast, kami menuju ke Pelabuhan Gilimanuk. Jarak dari hotel ke pelabuhan kira – kira dalam 130km, 3 jam. Disini kita akan melalui jalan kampung, kalau banyak kereta, habisla dudok la kome dalam jem. Kalau ada kawan gila satu van, oklah penghibur suasana. Dapat yang satu van kuat tido, keras la otot kepala, bosan..hehee. Tapi sepanjang perjalanan view cantek. Bole nampak pantai pasir hitam. Betapa suburnya tanah disini disebabkan muntahan lavar yang mengandungi pelbagai zat, di tepian pantai pon boleh bercucuk tanam, bersawah, tanaman lain. Teman bergembira sangat dalam van sampai lupa nak snap pic pemandangan sepanjang perjalanan. 
Kebetulan bila sampai kami takde la nunggu lama sangat nak naik feri nie. Perjalanan dari Pelabuhan Gilimanuk ke Pelabuhan Ketapang memakan masa dalam 1 jam lebih. Dah sampai kami naik teksi ke Hotel di Banyuwangi. Mandi manda kat swimming pool sampai mahgrib, makan dan tido. Sebab esok pepagi nak manjat dah.
Pelabuhan Gilimanuk
Dalam perjalanan boleh nampak Gunung Raung dan Gunung Ijen bersebelahan di belakang nun di sana…
Kami tiba di Pelabuhan Ketapang sambil tunggu Supir kami wefie dulu yok!!!

Tak sempat lelap sangat pon, Pukul 11.00pm dh kene kejut oleh gogo, si Lart Salina. Dalam kul 12.00am dh kene gerak ke Paltidung (kaki Gunung Kawah Ijen).

Warung di Paltidung (kaki Kawah Ijen)
Cuaca masa nie amatla sejuk sehingga ke tulang hitam. Ada tempat berteduh sementara menunggu gate untuk mendaki di buka. Gate bukak sekitar jam 1.00pagi ke 2.00pagi. Sambil relax2 layan sejuk mengcengkam jiwa boleh la minum teh atau kopi di warung dulu. Kira – kira dalam pukul 1.30pagi gate bukak, dan kami memulakan pendakian.
Mula pendakian, yang mulanya sejuk menggedi jadi panas hawau. Yelah dan mendaki badan mestilah dah start panas. Jarak perjalanan dalam 3km dan kira kira 2 atau 3 jam mendaki sehingga ke Kawah Ijen. Track dia adalah laluan jalan besar, jadi boleh ikut pace masing – masing, tanpa beratur macam broga..hehe. Track tanah pasir besar dan halus dan ada yang bertanah merah serta berdebu, seeloknya kene la pakai penutup mulut dan penutup telinga. Penutup mulut haruslah menggunakan penutup mulut yang disarankan oleh pihak pengurusan. Mask khas untuk sulfur.

Paling tak menahan sepanjang perjalanan adalah bau sulfur yang menyeksakan. Nampak macam senang je 3km kan, tapi mental jugakla kalau dah sesak napas dengan sulfur masuk hidong, sejuk gedi, bukit yang mencanak, debu2 masuk hidung dan mata. So minta tolong jangan nak underestimate dengan kawah ijen. Takut semput dan pengsan pulak kalau takde stamina, ada penyakit asma, jantung dan sebagainya.

Start mendaki dalam pukul 2.00pagi dan sampai ke Kawah Ijen lebih kurang 5.00pagi. Sempatla tengok Sunrise dan Blue Fire. Anda perlu sampai sebelum Sunrise untuk menikmati keindahan Api Biru nie. Dikatakan lagi sejuk cuaca lagi besar api ini membiru.

Sepanjang perjalanan naik dan turun, anda akan bertembung dengan ramai peraih sulfur atau belerang. Ianya berwarna kuning dan mudah pecah. Masa nie agak menginsafkan kerana untuk mengangkut setiap sulfur yang berat dan pulangan yang tidak seberapa, ada yang kurang dari RM10 untuk setiap bakul penuh. Dikatakan ramai peraih yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit akibat penjadi peraih di sini. Yelah kan, hari hari hirup dan telan asap belerang memang memudaratkan kesihatan.

Cecair sulfur yang keluar dari tanah dibiarkan sejuk dan mengeras dahulu sebelum  di ambil peraih untuk di jual.

Ini rupa dia, cecair sulfur terbit dari dalam tanah. Bau dia amat kuat dan perit.
No edit. Nie pandangan dari atas lereng kawah. Kene turun ke Kawah Ijen untuk lihat api biru dan sulfur. Kalau bole sampai sebelum matahari naik. Sayangnye kalau sampai dah cerah.

Matahari manja manja muncul. Indahnya Sunrise di sebalik Kawah Ijen

Sebelum atau selepas puncak ada satu tempat untuk berehat, Pos Penimbangan atau dikenali sebagai Pos Bunder. Disini adalah tempat dimana para peraih belerang menimbang hasil mereka. Ada warung menjual minuman dan makanan ringan. Bolelah nak rehat sambil bergurau senda,sambil sambil bergambor.
Disini anda bole beli sulfur yang telah diukir. Harga setiap satu dalam Rm 2 ke RM3. Sambil membeli sambil menderma Ada pelbagai bentuk, ada arnab, penyu, kucing, ayam dan macam macam. Teman beli je. Seludup masuk Malaysia. Katanya tak boleh. Tapi pandai pandai la balut jangan sampai pecah atau bersentuhan. Takut activate api katanya. Jadi balut satu satu dengan tisu dan surat khabar. Dan check in. hehehe.

Maaf ya.. Pic nie terpaksa amik dari google sebabnye lupa nak snap. Aduhhh. tapi memang beginila rupanya yang mereka jual.

Pos Penimbang / Pos Bunder. Tempat menimbang Sulfur dan istirehat 

Advertisements

3 thoughts on “Kawah Ijen 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s