12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Cuba anda bayangkan berlari di dalam hutan dan melihat keindahan hutan yang menakjubkan. Adakah anda jenis yang berani menempuhi cabaran meneroka tempat tersembunyi dan misteri.  Ha… di sini teman list kan untuk mengkeme. Buat sebagai bucket list wishes sekarang!!!
1) Black Forest, Germany
Nama hutan ini dikatakan sudah berbunyi misteri dan juga terkenal sebagai rumah kepada banyak mitos dan legenda bagi penduduk tempatan. Dari hantu dan semangat hutan  yang dikatakan berkeliaran , Black Forest menyimpan  pelbagai cerita dongeng dan seram. Tetapi jangan risau sangat. Kawasan yang terletak di  barat daya Jerman sebenarnya ada perkampungan yang menarik dan  menjadi tumpuan untuk para pendaki kerana akan melalui laluan pemandangan yang menarik dan trek yang berbatu batu.
2) Hallerbos, Belgium


Setiap musim bunga, hutan Belgium dipenuhi dengan bunga bluebells  ‘bunga seakan akan orkid berwarna biru-ungu’, seolah olah para pengunjung merasakan berjalan di atas permaidani biru – ungu seperti dalam cerita dongeng.
3) Rata Forest, New Zealand


The Rata adalah sejenis pokok di New Zealand. Hutan ini terletak di Enderby Island yang dipenuhi dengan ‘gnarled tree trunks’ pokok dan dahan pokok seakan berbentuk bonsai. Terdapat banyak laluan mendaki di dalam hutan dan di pulau itu sendiri.
4) Crooked Forest, Poland
Hutan Crooked terletak di luar Nowe Czarnowo di Poland. Sehingga ke hari ini tiada siapa yang tahu mengapa pokok-pokok yang ada di sini kesemua melengkung dalam bentuk yang sama. Ia diandaikan bahawa 400 pokok pine telah ditanam di dusun ini sekitar  tahun 1930, kemungkinan untuk menghasilkan kayu semula jadi berbentuk melengkung untuk bot. Tetapi sehingga ke hari ini, hutan kekal misteri.
5) Goblin Forest, New Zealand
Goblin Forest

Mount Taranaki
Goblin Hutan dikhabarkan benar-benar unik dan menyeramkan. Terletak di kawasan daerah Taranaki. Alang alang dah kesini anda boleh lah ke  Gunung Taranaki ‘Mount Taranaki’melalui ‘Egmont National Park’.  Gunung ini dikatakan mirip Gunung Fuji, Jepun.  Kenapa dipanggil ‘goblin’ glow? Kerana lumut di sekitar seolah olah bercahaya apabila disimbahi cahaya matahari.
6) Stanton Moor, UK
Stanton Moor, UK
Struktur Batu di Stanton Moor, UK
Hutan yang indah ini terletak di Stanton Moor  di utara England. Pelbagai misteri terutamanya batu batu di sekitar yang dipercayai wujud semenjak Zaman Batu dan Zaman Gangsa.
7) Moss Swamp, Romania
Imej ini terletak di sekitar hutan Moss Swamp. Lokasi sebenar tidak di ketahui. Romania penuh dengan hutan dan gunung yang cantik, anda perlu membuat banyak research bagi mendapatkan tempat yang paling cantik.
8) The Sea of Trees, or Aokigahara, Japan
Hutan Aokigahara terletak berdekatan kaki Gunung Mt Fuji. Ianya  dipenuhi hutan tebal dan menyimpan sejuta misteri. Ia juga dikenali sebagai ‘Suicide forest’. Berhati hati apabila memasuki hutan ini. Dikatakan agak bahaya kerana seringkali pendaki akan hilang. Hutan ini pernah difilemkan bertajuk The Forest (2016). Anda akan jumpa rangka manusia dan mungkin mayat disekitar. Jangan panic.. Buat dek je Okay!.
9) Otzarreta Forest, Spain
Terletak di Negara Basque di Sepanyol, Otzarreta Forest adalah sebahagian daripada Taman Semula Jadi Gorbea. Pokok-pokok purba, dicampur dengan suasana berkabus, memberikan hutan ini udara yang sangat segar. Pokok pokok ini nampak pelik dan unik.
10) Hoia-Baciu Forest, Romania

The Hoia-Baciu Forest dianggap antara hutan yang paling berhantu di dunia, dan kadang-kadang dirujuk sebagai “Bermuda Triangle of Transylvania.” Orang ramai telah mendakwa mereka telah melihat UFO hantu disekitar hutan, walaupun tiada siapa pasti. Legenda mengatakan terdapat bulatan misteri di tengah tengah hutan yang menghangatkan aktiviti paranormal di sini. 
11) Chinese Hemlock Trail, Taiwan
Pendakian trail ini terletak di Taipingshan National Forest Recreation  di  Taiwan. Hutan ini mungkin agak menyeramkan tetapi jangan risau lah, sebab trek dia pendek walaupun agak tinggi dan curam.
12) Tsingy Forest, Madagascar

Dikenali sebagai Hutan Pisau, Hutan Tsingy adalah kawasan yang luar biasa yang terdiri daripada batu-batu kapur yang tajam  seperti lidah tergantung dari bumi, sehingga 70 meter di udara. Walaupun ia mungkin salah satu taman negara yang paling berbahaya untuk anda lawati tetapi  ianya berbaloi pada akhirnya. 
Advertisements

2 thoughts on “12 Hutan Paling Misteri Di Dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s