Senarai barang keperluan penting untuk mendaki

Keperluan utama

1) Kasut
Ada banyak jenis kasut tapi teman senaraikan 2 jenis yang rasa macam relevan aje dari ultralight trail sehingga ke mountaineering boots. Antaranya;-

Hiking sandal, trail sandal, kasut getah
Ringan dan digunakan untuk mendaki secara santai

Trail run, hiking boots, mountain boots.
Berat adakala ringan dan untuk mendaki serius dan teknikal.

Untuk keselesaan dan nak elakkan kaki melecet beli ler kasut 1 atau 2 inci dari saiz sebenar.

2) Pakaian
Musim panas kemarau macam Malaysia nie elokla pakai baju kapas dan seluar yang bersesuaian. Tapi kalau mendaki musim sejuk kene la lebih serius dan amik tau. Teman selalu bawak barang paling minimum. Mau sawan merepek sebab beg berat kan. Jadi untuk meminimumkan baju baju sejuk tuh, Kita bawak yang perlu dan penting.

Masa mendaki (Musim Sejuk)
3 je baju asas yang teman selalu pakai time mendaki

1)Baju Thermal (ikut suhu sejuk kalau panas tak payah)
2)Fleece (nipis2 je, kalau panas leh bukak)
3)Jaket / Windbreaker nipis (Jaket nie gunanya kot2 hujan dan cari yang angin tak masuk / windbreaker cari la yang nipis2 je. Berat woo nak hiking dgn windbreaker jadah nie. Masa hiking badan panas peluh peluh gak di dalam baju tue.. so tak usah la pakai baju ala2 berbulu2 nk memanjat yer)

Masa di khemah / camp site (Musim Sejuk)

1) Fleece
2) Thermal Universal Traveller ( teman dapat time diskaun dari RM280 dapat RM 90 je)
3) Down Jacket (kalau rajin dan nak melawa bole la bawak berbulu bulu tuh. Korang punye suka la, dudok kat campsite je pon, tapi jangan la pakai time hiking. Basah peluh dengan hujan atau snow nanti, sekupang tak guna dah,  yelah takkan nak pinjam kawan punye plak kan)
3)Windbreaker tebal( nie lah gunanya windbreaker masa nie, lebih sesuai time2 lepak minum kopi sambil sap kok layan salji)
4) Sock tebal untuk tido. (Jenuh la bergesel kaki nak bagi panas kalau bawak yang nipis)
5) Aksesori tambahan –  Snow cap dan Fleece glove.

3) Lain lain tambahan
1)Sleeping bag ( beli tengak season type dulu yer)
2)Haversack 40liter – 60liter yang selesa (Beg besor tu cari la untuk protection tulang belakang, kot2 terjatuh ada la support untuk kurangkan kecederaan)
3) Sunglasses (kalau pergi ke snow cari yang bersesuai jangan yang cetak rompak takut kome kene blind snow nanti)
4) Trekking pole
5) Crampon dan Axe (Jika perlu)
6) Water bottle
7)Headlamp & torch light (bawak lebih dan bateri lebih)
8)Buff (banyak gunanya nie, selain nampak hensem dan comel bole lap peluh atau emergency dalam semak nanti)
9)Lip balm & Sun block
10)Towel (ringan dan quick dry, kalo takde sangat bawak la towel good morning)
11)Beg daypack (beg sekolah pon boleh nie paling habis takde la ni)
12)Matrass
13) Hot pad
14) Ubat ubatan (termasuk ubat Mountain sickness / Diamox dapatkan di farmasi berhampiran anda)
15) First Aid Kit
16) Gaiter (jika perlu mendaki di gunung berapi atau berpasir pasir)
17)Mess tin , cup, spoon
18) Emergency blanket (yang mcm aliminium foil tu, percayala kome akan memerlukan jika sejuk melampau)
19) Helmet (sekiranya memerlukan)
20) Mineral water atleast 1.5 liter
21) Makanan ringan (coklat , energy bar, roti, pisang dan etc)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s