Gunung Rinjani June 2015 (PART 1)

Part 1

Perbezaan Route Sembalun dan Route Senaru

Gunung Rinjani adalah gunung berapi yang masih aktif di kepulauan Lombok. Ketinggian setinggi 3726m (12,224ft) menjadikan kedua tertinggi di Indonesia.  Keindahan gunung berapi di kawasan sekitar dan Danau Segara Anak yang menjadi tumpuan para pendaki.  Ianya terletak di kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani atau di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Rinjani. Dikhabarkan Gunung Rinjani antara 10 gunung tercantik di dunia.


Ungkapan “Kalau sudah mendaki Gunung Rinjani, tak perlu lagi naik ke gunung lain,” macam tepat.Sebabnya apabila kita mendaki je Gunung Rinjani kita seolah olah telah mendaki pelbagai jenis gunung ganang dalam hidup kita. Pemandangan padang rumput, mendaki bukit bukau dengan kehijauan, mendaki lereng lereng batu, mendaki sekeliling tasek segara anak yang tak mungkin anda dilupakan. Paling kemuncak apabila anda akan melalui tepian gunung berapi yang membuatkan anda ternganga mulut.

Pendakian di Gunung Rinjani dikenali antara gunung yang sukar didaki. Semangat lebih penting dari segala galanya. Walaupun fizikal anda tip top tapi mental dah down, masalah jugak tuh. Pendakian selama berhari hari amatlah memenatkan dan melelahkan.

Segala aktiviti pergunungan di lombok , Gunung Rinjani khususnya perlu berdaftar  dengan Taman Nasional Gunung Rinjani. Sebelum memilih pakej berhati hati dengan scam. Tolonglah selidik dulu. Tragis beb bila sampai ke airport, krik krik krik takde siapa pick up kat airport. Kalau satu rombongan cik kiah tak ke haru. Amaran telah di keluarkan oleh pihak Taman Nasional Gunung Rinjani berkenaan isu scam yang makin menjadi jadi. Berhati hati yer. Sebab dengor otai gunung pon kene kencing bab ni.

Pelbagai route dan pilihan pakej untuk pendakian. Dari 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam sehingga maksium 6 hari 5 malam. Bergantung pada harga dan pilihan masing masing. Tapi pastikan berbaloi tau. Rinjani kene tawaf sekeliling kawasan nya baru lah anda faham kenapa kene berkampung lama kat atas tue. Kalau naik route sama turun pun route sama, alangkah ruginya.

Kebiasaan untuk pendakian yang dikatakan sedang elok adalah 4 hari 3 malam melalui jalur sembalun. Seperti peta di atas, ada 2 jalur boleh didaki. Jalur Sembalun dan Jalur Senaru. Disarankan anda ikut route Jalur Sembalun. Sebab apa? Okay jom kita study.

Contoh pakej yang disediakan.


Pakej 5 hari 4 malam (Jalur Sembalun)

Day 1: Airport Lombok – Sembalun Lawang, night accommodation under foot of mount Rinjani, Hotel in Sembalun Lawang
Day 2: Sembalun Lawang – night at campsite Plawangan Sembalun Crater Rim (2639m).
Day 3: Plawangan Sembalun Crater Rim (2639m) – Summit Mount Rinjani – overnight in campsite Lake Segara Anak altitude 2000m
Day 4: Lake Segara Anak – overnight in campsite Plawangan Senaru crater rim altitude 2641m
Day 5: Plawangan Senaru crater rim – Senaru Village – Mataram OR Senggigi OR Bangsal Port (end services)


Pakej 5 hari 4 malam (Jalur Senaru)

DAY 1. Airport Lombok – night at local hotel in Senaru under foot of Mount Rinjani National Park
DAY 2. Senaru Village – night in campsite Plawangan Senaru Crater Rim and altitude 2641m
DAY 3. Plawangan Senaru – night in campsite Lake Segara Anak
DAY 4. Lake Segara Anak – nights in campsite Plawangan Sembalun Crater Rim altitude 2639m.
DAY 5. Plawangan Sembalun Crater Rim – Go Summit Mount Rinjani 3726m – Sembalun Lawang – Mataram OR Senggigi area (end services)


Nampak tak kita dah gunakan tenaga banyak apabila kita gunakan route Jalur Senaru. Hari ke-1, Kita mendaki sehingga setinggi 2461m ke Plawangan Senaru dan keesokannya menurun sehingga 2000m ke Danau Segara Anak. Hari ke-3 pula dari Danau Segara Anak mendaki ke Plawangan Sembalun setinggi 2639m. Tenaga dah banyak guna kat situ, hari ke-4  Summit Attack ke puncak Rinjani dan tentulah badan dah lemau. Kat sini lah ramai yang tertewas dan berpatah balik sebab 200m sebelum ke puncak bukan main dasyat bermain dengan emosi dan physcology. Tu belum nak kira turun dari puncak ke bawah dan menuju terus ke kaki gunung pulak. Berapa jam nak berjalan tue? 10 jam ke? sekiranya dari 3726m sampai ke kaki gunung, anda tengoklah peta tu sendiri. Sangat sangat memenatkan dan saiko kot. Jadi tak disarankan ikut route via Senaru.
Lebih relax dan tenang sambil enjoy view kalau mendaki ikut route jalur sembalun. Sebabnya anda hanya bermalam sehari di Plawangan Sembalun dan esok bole Summit Attack ke puncak Rinjani. Dan selepas tue anda akan menurun ke Danau Segara Anak (2000m). Relax, mandi manda di tasek, ngorat2, cari jodoh, kacau orang dalam khemah tanpa pikir nak tido awal sebab nak jimat tenaga untuk Summit Attack. Dan seterusnya menikmati keindahankan Gunung Rinjani dan Anak Rinjani dari atas Plawangan Senaru. Kat sini anda boleh relax sambil continue ngorat lagi, kot2 nak ngorat team lain ke.hahhaa. Mana tau kan. Lepas tue esok dah boleh turun ke bawah terus.
Anda boleh pilih macam2 pakej pulak, alang alang dah sampai kan. Boleh ke Waterfall Sendang Gile & Tiu Kelep atau ke Pulau Gili Trawangan atau Mataram atau Sengigi atau anda boleh tawaf satu Lombok tu kalau banyak budget dan cuti bertimbun timbun. 
Teman pergi Pakej 4 hari 3 malam di pergunungan dan extra sehari lepak kat Sengigi, walaupun perancangan awal nak ke Waterfall Sendang Gile & Tiu Kelep tapi tiada rezeki sebab masalah bilik kami semua bermalam di Sengigi. Okay la jugak, ada live band dan makan sedap. Budget masa tu murah lagi, semua sekali termasuk makan di gunung, tidak termasuk porter dan tidak termasuk makan selepas keluar dari gunung sebanyak RM650.
Jangan pening pening kalau takde carry mat dan sleeping bag, selalunya dah termasuk dalam pakej. Tapi selidik dahulu tau, kang kalau takde naya kome weh. Untuk porter selalunya kongsi 4 orang, idr 800,000 lebih kurang. Kira kira sehari dalam  idr200,000 sehari dan mungkin ada yang lebih. Total lebih kurang dalam idr 900,000. Ikut suka nak bagi tip tambahan.

Tips : Bawak air mineral banyak banyak. Jangan kemut. Bagi porter kalau tak larat nak pikul. Sebabnya teman balik Malaysia terus kene Radang Perut. Sebulan jugak la merana. Maybe air sulfur atau faktor kebersihan.

Bawak makanan tambahan seperti pisang, roti, cokelat bar, megi dan apa sahaja yang relevan.

Teman naik tak pakai gaiter. Sebab rimas. Jadinya teman pakai high cut shoe dan seluar ketat skit kt kaki yang menutupi kasut tu serapatnya. Kalau takde high cut pakai la gaiter. Kang kome terbongkok bongkok satu koje nak buang batu batu kerikil dalam kasut tu. Amende gaiter tu? Ni ha…




Hari : 1

Di sini la bermula segala galanya. Teman nie jenih memang tak suka nak amik tau atau well prepared apa2. Masa nie Rinjani takla sepemes sekarang. Masa ni baru nak nak ramai orang la. Nama gunung nie pon serius teman tau nak sebut dengan betui. Ranjani la. Anjani la yang teman tau kat lombok je..kui kui.. Tak tau yang gunung nie hardcore, tak amik port la pasai berapa hari kat camp site. Pendek kata teman memang suka redah. I like surprise. kah kah kah. Malang sungguh. Kerana salah paham berlaku, baju dan seluar trekking teman bawa sepasang je, baju tido sepasang, anak baju pun sepasang..hahahahha. Bayangkan 4 hari 3 malam bau dia acaner? Bau menusuk ke qalbu. Tak mandi campur peloh masam. Jenuh la spray perfume sebaldi. Well teman ingat biase biase je gunung nie. Rupanya view dia ‘SubhanAllah’ lawanye trek dia plak ‘MasyaAllah’ berakai nak naik turun. kih kih.Tapi mental kene kuat la selain fizikal, bila kene Summit Attack tu. Ntah berapa banyak babi beranak sepanjang nak summit attack tu(tu ayat maki diri sendiri). Selain Summit Attack satu lagi ‘MasyaAllah’ di Bukit Penyesalan. Amende ntah dok memanjat2 tak sampai sampai lagi. Hangin teman. Merah padam marah dengan diri sendiri jugak. haha. lawak betui. Jom kita baca itinerary ringkas sepanjang teman mendaki di Gunung Rinjani.

Itinerary

Hari 1
KUL – Lombok
Overnight semalam di lombok

Hari 2
6.00am – 7.00am : Breakfast – Ke Taman Nasional Gunung Rinjani Park
9.00am- 5.30pm  : Mendaki menuju ke Plawangan Sembalun
5.30pm – 8.30pm : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 3
1.00am                   : Wake up call
2.00am                   : Summit Attack
5.30am – 6.30am    : Puncak Rinjani
10.30am                 : Turun ke Plawangan Sembalun
11.30am                 : Breakfast
12.30pm – 5.00pm  : Turun ke Danau Segara Anak
5.00pm – 8.30pm    : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 4
6.00am                   : Breakfast
8.30am                   : Mandi manda di Hot Spring Waterfall
12.00pm                 : Mendaki ke Plawangan Senaru
5.00pm                   : Dinner dan bermalam di khemah

Hari 5

6.00am                   : Breakfast
8.00am – 4.00pm    : Mendaki dan menurun ke Desa Senaru
4.00pm – 8.30pm    : Bergerak ke Sengigi dan bermalam di hotel

Hari 6
Pulang ke KL

Ikan Bakar dengan sambal lombok terangkat wooo.. pedas dan sedap!!!
 
Naik pick up ke Rinjani National Park
Agih agihkan beg kepada porter
Di Pintu Taman Nasional Gunung Rinjani Park

Pemandangan padang rumput nan hijau luas terbentang
 

Di Pintu Taman Nasional Gunung Rinjani
 

Keindahan padang rumput
Somewhere around the trek

Bukit Penyesalan kat belakang tue. Nampak dekat tapi macam tak bergerak seganjak bila mendaki. perghhh

Menyesal ke tuh naik Bukit penyesalan? Kah kah kah.. Slow je yang belakang tuh? Teman tengah melantak roti masa nie…Tengah selfie kat bawak pokok tuh

 Campsite Plawangan Sembalun 

Plawangan Sembalun

Di awanan Plawangan Sembalun

Dinner yang superb

Lepas makan siap siap tido.Esok Summit Attack. Teman nie tido mati selalunya kene la dapat buddy yang penyabor…

Ada sambungan Part 2…. jom tengok Part 2!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s